Sekarang ialah masa yang agak sibuk buat bakal calon PMR dan SPM 2009. Jika ada yang rajin menghitung hari, semakin dekat…. semakin dekat dan dekat, dekat. Kepada semua bakal calon peperiksaan, di sini penulis ingin memberikan tip-tip yang mungkin berguna buat bekalan sebelum tibanya peperangan …!

  • Penjagaan kesihatan diri
  1. Utamakan tentang penjagaan kesihatan diri seperti elakkan daripada dihidapi penyakit berbahaya.
  2. Berhati-hati ketika di jalan raya untuk mengelakkan kejadian seperti kemalangan dan sebagainya.
  3. Makanlah makanan yang berkhasiat, banyak meminum air kosong, jauhi sama sekali makanan yang haram dari segi Islam.
  4. Anda digalakkan untuk mengambil makanan tambahan seperti vitamin, buah kurma, anggur kering dan buah-buahan segar.
  5. Elakkan daripada berjaga malam, pastikan tidur yang cukup dan yang penting adakan jadual belajar yang sesuai.
  6. Jagalah kebersihan diri dan jangan lupa beriadah pada waktu petang.
  • Kaedah Belajar Semasa:-
  1. Kini masa yang sesuai untuk aktiviti latihan menjawab soalan atau latihan peperiksaan, utamakan soalan-soalan PMR atau SPM yang lepas-lepas.
  2. Paling penting berilah perhatian yang bersungguh-sungguh ketika guru sedang mengajar.
  3. Catatan ringkas amatlah penting dibuat.
  4. Jadikan guru subjek sebagai rakan karib anda.
  5. Perbincangan dalam kumpulan kecil (2-4 orang) amatlah berfaedah.

DAN yang paling penting kepada pelajar Islam, janganlah lupa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan banyak membaca al-Quran, mendirikan sembahyang sunat hajat dan sebagainya. Jangan lupa untuk banyak berdoa agar diberikan pertolongan oleh Allah nanti.

Membaca biar berkualiti bukannya berkuantiti...?

Membaca biar berkualiti bukannya berkuantiti...?

Masa tidak menunggu kita ...?

Masa tidak menunggu kita ...?


Advertisements