Archive for Ogos 13, 2009


Kata bahasa Melayu sebenarnya sungguh dinamik dan boleh berubah-ubah maksud apabila melalui proses pengimbuhan atau penggandaan. Tapi, sesetengah kata, sukar diterima kerana telah dilabelkan dengan maksud tertentu. Cuba lihat maksud kata di bawah:-

  • malu > berasa aib, perasaan aib, hina apabila membuat sesuatu yang salah.
  • malu-malu > berasa segan.
  • memalui > menghormati, menaruh malu.
  • memalukan > memberi malu, menyebabkan malu.
  • kemaluan (1) > perihal malu, mendatangkan malu.
  • kemaluan (2) > alat kelamin
  • kemalu-maluan > berasa sangat malu, tersipu-sipu.

Bagi kata kemaluan, kebanyakan kita hanya terbayangkan maksud (2) iaitu alat kelamin dan kerana itulah ayat seperti di bawah dikatakan salah kerana penggunaan kata yang tidak betul.

  1. Jika Hang Tuah ada, sudah tentu dia dapat menghapuskan kemaluan kita.
  2. Kekalahan besar pasukan bola sepak negara kepada Kemboja memberikan kemaluan yang besar kepada peminat bola sepak tanah air.

MUNGKIN ada orang akan tersenyum sinis apabila membaca ayat di atas. Pada mereka yang jarang-jarang membelek kamus, mereka hanya terfikir yang satu itu sahaja. “Anu dalam Botol”….. tajuk filem?

images (3)images (4)images (5)

  • Permulaan:-
  1. Mun tiba di sebuah gerai untuk mencari makanan tapi dihalau dan dipukul oleh manusia.
  • Perkembangan:-
  1. Mun melarikan diri dan terus mencari makanan tetapi terserempak dengan anjing garang.
  • Konflik:-
  1. Mun lari menyelamatkan dirinya sehingga sampai di sebuah rumah cantik. Mun berjumpa dengan Jonny, seekor kucing Parsi yang hidup dalam kemewahan. Mereka bersepakat untuk bertukar tempat.
  • Klimaks:-
  1. Mun cuba membebaskan Jonny dari sangkarnya. Walau bagaimanapun, tuan Jonny ternampak lalu memukul Mun dengan kayu sehingga badannya luka.
  • Peleraian:-
  1. Mun lari dalam keadaan cedera. Sepasang suami isteri telah menyelamatkannya dan menghantarnya ke klinik.

Nyenyak ...?

Nyenyak ...?

images (8)
images (6)

  • Permulaan:-
  1. Cikgu Bustam meminta muridnya menulis esei “Saya Sayang Ayah”.
  • Perkembangan:-
  1. Angamah tidak dapat menulis karangan tersebut kerana dia tidak tahu sama ada dia sayang akan ayahnya ataupun tidak.
  • Perumitan / konflik:-
  1. Ayah sering memukulnya walaupun dia tidak bersalah. Emaknya pula tidak pernah mempercayai kata-katanya.
  • Klimaks:-
  1. Cikgu Bustam menyedari bahawa Angamah menghadapi masalah dan dirujuk kepada guru besar.
  • Peleraian:-
  1. Ayah Angamah ditimpa kemalangan dan akhirnya meninggal dunia. Angamah mengaku bahawa dia tetap sayang akan ayahnya walaupun sering didera.

Mangsa dera ..... derita fizikal dan mental...?

Mangsa dera ..... derita fizikal dan mental...?

Kasihanilah mereka yang kecil dan lemah...?

Kasihanilah mereka yang kecil dan lemah...?