- Permulaan:-
- Cikgu Bustam meminta muridnya menulis esei “Saya Sayang Ayah”.
- Perkembangan:-
- Angamah tidak dapat menulis karangan tersebut kerana dia tidak tahu sama ada dia sayang akan ayahnya ataupun tidak.
- Perumitan / konflik:-
- Ayah sering memukulnya walaupun dia tidak bersalah. Emaknya pula tidak pernah mempercayai kata-katanya.
- Klimaks:-
- Cikgu Bustam menyedari bahawa Angamah menghadapi masalah dan dirujuk kepada guru besar.
- Peleraian:-
- Ayah Angamah ditimpa kemalangan dan akhirnya meninggal dunia. Angamah mengaku bahawa dia tetap sayang akan ayahnya walaupun sering didera.