Azran merasa (A) hiba apabila mengetahui berita bahawa (B) rakan karibnya cedera parah akibat kemalangan jalan raya (C). Tiada kesalahan (D)

Jawapannya ialah A.

  • merasa sepatutnya digantikan dengan berasa.
  • Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4:-
  1. merasa bermaksud mengalami rasa dengan lidah (cuba rasa makanan ….)
  2. berasa pula bermaksud mendapat rasa ( dalam hati / perasaan) – berasa sedih, berasa malu ….

Advertisements