1.  Kedua-dua orang ……………. itu sedang bertarung dengan sengit.

  • A  peninju
  • B  pertinju
  • C  petinju   √
  • D  bertinju

2.  Kasih sayang ibu bapa ……………. anak-anak amat dituntut.

  • A  pada
  • B  kepada
  • C  terhadap   √
  • D  tentang

3.  Pak Ali ……………… dusun duriannya bagi membiayai pengajian anak.

  • A  memajakkan   √
  • B  mencagarkan
  • C  menyewakan
  • D  memawahkan

Ulasan jawapan:

  1. petinju bermaksud orang yang bertinju manakala peninju ialah penumbuk.
  2. KSN ‘terhadap’ digunakan kepada benda yang konkrit manakala ‘tentang’ khusus untuk benda yang abstrak.
  3. memajakkan bermaksud menyerahkan sesuatu hak (harta) kepada orang lain dengan mendapat sewa dalam jangka masa tertentu.
Advertisements