Sudah banyak kali penulis memberikan penerangan tentang kesalahan ayat yang berpunca daripada kata kerja transitif dan frasa kerja transitif. Cuba lihat penggunaan kata kerja transitif dalam ayat di bawah:-

  1. Mereka akan melaporkan kepada polis tentang kejadian itu.
  2. Ali memegang erat tangan ibunya ketika melintas jalan.
  3. Dia menerima banyak undangan ceramah daripada pihak sekolah.
  4. Ronaldo menanduk dengan kencang bola hantaran Nani.
  5. Penulis itu sedang memperkatakan tentang Forum Islam.

SEBENARNYA semua ayat di atas SALAH dari segi penggunaan kata/frasa kerja transitif.

  • Kata kerja transitif (KKT) ———–> objek

SEPATUTNYA ayat-ayat di atas ditulis begini:-

  1. Mereka akan melaporkan kejadian itu kepada polis.
  2. Ali memegang tangan ibunya dengan erat ketika melintas jalan.
  3. Dia banyak menerima undangan ceramah daripada pihak sekolah.
  4. Ronaldo menanduk bola hantara Nani dengan kencang.
  5. Penulis itu sedang memperkatakan Forum Islam.

* ‘kejadian’, ‘tangan’, ‘undangan’, ‘bola’ dan ‘Forum Islam’ ialah OBJEK yang mesti HADIR selepas KKT.