Archive for Ogos 19, 2009


Cerpen Tg.2:Tina…?

Sinopsis:-

Cerita mengisahkan Haidi bertemu dengan Kursiah yang mirip wajah adiknya Tina (Sutina). Tina meninggal dunia kerana sakit jantung berlubang. Kemunculan Kursiah mengingatkan Haidi peristiwa dia bermain layang-layang dengan Tina di padang. Haidi berusaha untuk mendekati Kursiah. Walaupun pada mulanya Kursiah tidak melayan Haidi dengan mesra, dia tidak kecewa.

Pada hari sukan, kebetulan Kursiah serumah dengan Haidi. Kursiah merupakan pelari jarak jauh rumah Hijau dan mengambil bahagian dalam acara 5000 meter. Haidi membayangkan jika Tina masih hidup, tentulah dia sebaya dengan Kursiah. Haidi memberikan kata-kata semangat kepada Kursiah dan berjanji akan memberinya wang sebanyak lima ringgit jika dia mendapat tempat pertama.

Kursiah mendapat pertama tetapi dia jatuh pengsan selepas melepasi garisan penamat. Haidi tergamam apabila Kursiah diusung di atas tandu. Haidi tidak dapat mengawal perasaan lalu menjerit dengan menyuruh Kursiah segera dihantar ke hospital. Dia tidak mahu Kursiah menerima nasib yang sama seperti Tina. Rakan-rakannya yang lain tercengang melihat kelakuan Haidi. Dia berdoa semoga Kursiah tidak mati agar Kursiah dapat menjadi pengganti adiknya, Tina.

Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk melindungi PC dan anda daripada ancaman dalam dunia siber dan perisian jahat. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah:-

  • aktifkan perlindungan
  • kemas kini dan perbaharui perisian antivirus dan antispyware
  • gunakan perisian keselamatan
  • tutup komputer atau putuskan sambungan internet
  • guna komputer dengan hati-hati
  • berhati-hati ketika muat turun
  • jangan klik sebarang pautan e-mel yang tidak pasti
  • elakkan daripada melayari web negatif

images (27)images (28)images (29)

Bahasa Melayu bukanlah sahaja suatu alat berkomunikasi dan medium untuk memperoleh ilmu, tetapi juga terkandung dalamnya cara berfikir, konsep alam, nilai masyarakat serta ilmu tradisi, agama dan budaya Melayu juga jati diri bangsa.

Menurut satu kajian oleh Open University di London, bahasa Melayu diramal akan menjadi bahasa keempat dunia dalam tempoh 30 tahun lagi.

Kajian itu juga mendapati bahawa bahasa Inggeris tidak akan lagi menjadi bahasa pertama dunia sebaliknya akan dirampas kedudukannya oleh bahasa Mandarin dan Sepanyol.

Sebagai persiapan, semua anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat hendaklah berusaha memupuk bahasa ibunda kita ini agar apabila tiba waktunya, bahasa ini telah benar-benar bersedia menjadi bahasa dunia.

Ubah suai daripada tulisan asal oleh Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh, Mingguan Malaysia: 28 Disember 2008

Sasterawan Negara

Sasterawan Negara

Klimaks dalam novel yang saya kaji ini ialah semasa peristiwa Kanang dan pasukannya diserang hendap ketika menjalankan tugas memburu pengganas di Tanah Hitam, Perak. Dalam serangan hendap itu, Kanang mendapat cedera parah ditembak di dada dan di bahagian perut.

Keadaan isi perutnya yang terburai menyebabkan rakan sepasukannya menganggap Kanang tiada harapan lagi untuk hidup. Kanang telah diterbangkan ke Hospital Besar Ipoh dan di sana beliau koma 3 bulan dan dirawat selama hampir setahun.

Peristiwa ini dianggap klimaks kerana Kanang telah mempamerkan semangat juang yang tinggi serta keberanian dan pengorbanan sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri.

images (23)images (24)images (25)images (26)

Betul atau salah ayat di atas?

  • SALAH…
  • SEPATUTNYA …
  • Ibu memberi saya buku itu ATAU
  • Ibu memberikan buku itu kepada saya.

Lihat contoh ayat di bawah:-

  • Cikgu mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar 3 Gamma.   √
  • Cikgu mengajar pelajar 3 Gamma Bahasa Melayu.   √

Tugasan 1:

  • Tulis karangan berdasarkan tajuk- tajuk di bawah:-
  1. Gejala remaja lari dari rumah bukan sahaja berpunca daripada masalah keluarga semata-mata tetapi juga berpunca daripada sikap remaja itu sendiri. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
  2. Anda selaku setiausaha telah diminta menyediakan satu laporan tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sempena Perkhemahan Agung Badan Beruniform anjuran sekolah anda. Tulislah laporan itu selengkapnya.
  3. Berdasarkan peribahasa “Sudah terantuk baru tengadah”, tulislah suatu karangan yang berkesan dan menarik.

Tugasan 2:

  • Semua pelajar dikehendaki menyediakan 10 soalan objektif yang SUKAR dan mengelirukan. Dapatkan soalan tersebut sama ada melalui buku ataupun soalan-soalan percubaan dari mana-mana negeri.

Semua tugasan ini mesti dihantar pada hari pertama sekolah dibuka.

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum cuti persekolahan. Minggu ini juga merupakan minggu terakhir pelajar-pelajar menduduki Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM, semoga berjaya dengan cemerlang.

Pada pelajar-pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra khususnya pelajar PMR, hari ini telah dan sedang menjawab soalan B. Melayu 1 dan 2. Semoga segala tunjuk ajar dan pesanan sentiasa menjadi bekalan dan pegangan. Selamat berjaya.

Kepada semua pelajar, penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat mengerjakan amal ibadat dalam bulan yang berkat ini.

Sekian, terima kasih.

Bertafakur...?

Bertafakur...?