Sinopsis:-

Cerita mengisahkan Haidi bertemu dengan Kursiah yang mirip wajah adiknya Tina (Sutina). Tina meninggal dunia kerana sakit jantung berlubang. Kemunculan Kursiah mengingatkan Haidi peristiwa dia bermain layang-layang dengan Tina di padang. Haidi berusaha untuk mendekati Kursiah. Walaupun pada mulanya Kursiah tidak melayan Haidi dengan mesra, dia tidak kecewa.

Pada hari sukan, kebetulan Kursiah serumah dengan Haidi. Kursiah merupakan pelari jarak jauh rumah Hijau dan mengambil bahagian dalam acara 5000 meter. Haidi membayangkan jika Tina masih hidup, tentulah dia sebaya dengan Kursiah. Haidi memberikan kata-kata semangat kepada Kursiah dan berjanji akan memberinya wang sebanyak lima ringgit jika dia mendapat tempat pertama.

Kursiah mendapat pertama tetapi dia jatuh pengsan selepas melepasi garisan penamat. Haidi tergamam apabila Kursiah diusung di atas tandu. Haidi tidak dapat mengawal perasaan lalu menjerit dengan menyuruh Kursiah segera dihantar ke hospital. Dia tidak mahu Kursiah menerima nasib yang sama seperti Tina. Rakan-rakannya yang lain tercengang melihat kelakuan Haidi. Dia berdoa semoga Kursiah tidak mati agar Kursiah dapat menjadi pengganti adiknya, Tina.

Advertisements