Archive for Ogos 24, 2009


Tema:

  • Semangat perjuangan mempertahankan tanah air daripada terlepas ke tangan penjajah.

Persoalan:

  • Kesan buruk pengaruh penjajah:-
  1. Pengaruh penjajah menyebabkan masyarakat tempatan mula mementingkan kebendaan dan membelakangkan agama Islam.
  • Tamak yang membawa padah:-
  1. Tuan William dan Tuan Robert yang bersikap tamak akhirnya mereka menemui ajal.
  2. Mereka gagal mendapatkan puncak Gunung Tahan seperti yang dicita-cita oleh mereka.
  • Cinta akan tanah air:-
  1. Watak seperti Ratu Bongsu, Kusina dan perempuan tua mempunyai rasa cinta akan tanah air yang tinggi dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankannya.
Advertisement
  • Kampung Rimau Putih
  1. Kawasan kediaman orang Sakai iaitu tempat Tuan Robert ditempatkan.
  2. Kawasan ini baru dibuka dan terdapat pelbagai jenis tanaman.
  3. Di sini juga Tuan Robert berkenalan dengan perempuan tua.
  • Istana Ratu Bongsu
  1. Tempat tinggal Ratu Bongsu.
  2. Terdapat bilik khazanah iaitu tempat Tuan William mati terperangkap.
  • Pondok Perempuan Tua
  1. Tempat tinggal perempuan tua di kawasan Rimau Putih.
  2. Tuan Robert pernah berkunjung ke sini dan berbual panjang dengan perempuan tua.
  • Rumah Haji Adam
  1. Pelbagai peristiwa dapat dilihat setelah diteropong oleh Tuan William.
  2. Pelbagai golongan masyarakat berada di rumah ini.