Archive for Ogos 26, 2009


Fakta bumi…?

  • PBB menganggarkan pertumbuhan penduduk dunia akan meningkat dari 6.5 bilion  pada tahun 2006 kepada 8.2 bilion pada tahun 2030.
  • Menurut laporan World Energy Outlook 2008, Agensi Tenaga Antarabangsa menganggarkan keperluan tenaga dunia akan meningkat 1.6% setiap tahun bermula dari 2006 menjadi 45% pada tahun 2030.
  • Menurut United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCC), purata kenaikan suhu permukaan bumi sebanyak 0.74°C sejak tahun 1880.
  • Mereka juga menjangkakan peningkatan suhu ini akan berterusan sebanyak 1.8°C hingga 4°C sebelum penghujung abad ini.

Peningkatan suhu yang berterusan ini menyebabkan berlaku fenomena pemanasan global yang telah mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia.

Antara kesan langsung akibat pemanasan global:-

  1. Fenomena kilat dan guruh yang lebih kerap dan berkuasa tinggi;
  2. Musim kemarau yang berpanjangan;
  3. Kawasan di Utara dan Selatan Benua Amerika, Eropah Utara, Asia Utara dan Asia Tengah akan menerima kadar hujan yang lebih tinggi;
  4. Kawasan di Afrika akan mengalami peluasan kawasan gurun yang sedia ada;
  5. Berlakunya pencairan ketara lapisan ais, bumbung salji dan glasier di kutub;
  6. Banyak pulau dan kawasan rendah akan ditenggelami air laut.

bumi

P2T3_piramidmakananLihat gambar piramid makanan di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang keperluan mengambil makanan yang seimbang. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Pendahuluan: (2 ayat)

  1. AR: Pengambilan makanan seimbang setiap hari amat dituntut kerana dapat memberikan kebaikan yang banyak kepada tubuh badan kita.
  2. AA: Pelbagai keperluan atau kebaikan yang kita peroleh melalui pengambilan makanan yang seimbang.

Perenggan 2: (Isi pertama: 3 ayat)

  1. AJ: Kebaikan yang paling dominan apabila mengambil makanan yang seimbang setiap hari ialah tubuh badan kita akan kekal sihat.
  2. AH: Hal ini demikian kerana makanan yang seimbang akan membekalkan tubuh badan kita dengan zat-zat yang diperlukan.
  3. AC: Contohnya, kita perlu memakan makanan yang mengandungi karbohidrat yang banyak dan mengurangkan pengambilan lemak dan gula.

Perenggan 3: (Isi kedua: 3 ayat)

  1. AJ: Mengambil makanan seimbang juga akan menjadikan tubuh badan kita kebal dan tinggi daya tahan melawan penyakit.
  2. AH: Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran tinggi kandungan vitamin C yang dapat mencegah penyakit selesema, masalah kulit dan sebagainya.
  3. UBI: Kata orang, “mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya”.

Perenggan ke-4:( Isi ketiga: 3 ayat)

  1. AH: Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang, kadar tumbesaran badan kita juga tidak akan terbantut.
  2. AJ: Makanan seimbang akan membekalkan pelbagai kandungan zat yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan.
  3. AH: Hal ini demikian menyebabkan pertumbuhan tumbesaran badan kita menjadi normal dan ini akan memastikan perkembangan fizikal dan mental kita sihat dan sempurna.

Perenggan Penutup: ( Kesimpulan: 2 ayat)

  1. AK: Kesimpulannya, kita wajarlah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam menentukan apa dan berapa jumlah makanan yang perlu dimakan setiap hari.
  2. AP: Untuk kehidupan yang lebih sihat, maka wajarlah kita semua mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang pada setiap hari.

  • AR: ayat rangsangan
  • AA: ayat arahan
  • AJ: ayat judul
  • AH: ayat huraian
  • AC: ayat contoh
  • AK: ayat kesimpulan
  • AP: ayat penegasan
  • UBI: ungkapan bahasa indah

[ soalan percubaan PMR 2009: Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra]