Archive for Ogos, 2009


Cuba kita selidiki makna kata di atas yang rasanya amat menarik jika dapat digunakan dalam penulisan kita.

  • ikon bermaksud imej, gambar, gambaran, lambang, contoh …
  1. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor layak dijadikan ikon oleh pelajar-pelajar yang bercita-cita tinggi.
  • idola bermaksud orang yang sangat dipuja (artis, tokoh politik, ilmuwan)
  1. Seniman P. Ramlee tetap menjadi idola peminat-peminat seni tanah air walaupun kini muncul generasi artis baru.
  • interim bermaksud bersifat sementara..
  1. Fenomena remaja yang tergila-gilakan budaya asing hanya bersifat interim selari dengan pertambahan usia.
  • ironi bermaksud kesan sebalik daripada jangkaan awal ..
  1. Ironinya jika Dasar Pembangunan Negara ini tidak dihayati dengan bersungguh-sungguh, maka kaum bumiputera akan semakin ketinggalan.
  • item bermaksud perkara, benda, bentuk …
  1. Calon-calon perlu memilih satu daripada lima item soalan esei.

images (33)images (34)

Keputusan Perlawanan: Sabtu (22 Ogos 2009)

  • Arsenal Vs ┬áPortsmouth: 4 – 1
  • Birmingham City Vs Stoke City: 0 – 0
  • Hull City Vs Bolton Wanderers: 1 – 0
  • Man. City Vs Wolverhampton Wanderers: 1 – 0
  • Sunderland Vs Blackburn Rovers: 2 – 1
  • Wigan Athletic Vs Man. United: 0 – 5

Rooney meraikan gol ke-2...?

Rooney meraikan gol ke-2...?

    Perkara utama yang perlu dilakukan sebelum proses menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif ialah:-

    • kenali ‘subjek’, ‘objek’ dan ‘kata kerja’
    • RUMUS:-
    1. Ayat aktif = Subjek diutamakan ( subjek di depan ayat)
    2. Ayat pasif = Objek diutamakan ( objek di depan ayat )

    Contoh:

    1. Dia mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah itu. > Ayat aktif
    • Dia (subjek)
    • Bahasa Melayu (objek)
    • mengajarkan (kata kerja aktif transitif)

    TUKARKAN KEPADA AYAT PASIF

    1. Bahasa Melayu diajarkan oleh dia di sekolah itu. > Ayat pasif
    • Bahasa Melayu (objek)
    • dia (subjek)
    • diajarkan (kata kerta pasif)

    Secara sedar ataupun tidak, kita mungkin sudah termakan bahan pengawet mayat (asid borid) yang dimasukkan secara sengaja oleh pengusaha makanan yang tidak bertanggungjawab.

    Asid borid tidak boleh hadir langsung di dalam makanan kerana boleh membahayakan kesihatan. Pengusaha makanan yang tidak berhati perut ini menggunakan asid borid untuk memastikan makanan yang dijual kepada pengguna lebih tahan lama dan segar.

    Individu yang memakan makanan yang tercemar oleh asid borid yang tinggi akan mengalami loya, muntah, cirit-birit, dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan akut sistem peredaran darah dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

    Antara makanan yang sering dikesan mengandungi asid borid ialah makanan jenis pasta seperti mi kuning, kuih tiaw, laksa, mi wantan, mi hokkien, bihun, kulit popia dan lain-lain.

    Sebenarnya asid borid (H3BO3) merupakan bahan antiseptik, pestisid dan fungisid yang lemah. Asid ini selalunya digunakan untuk kawalan serangga, sebagai bahan pengawet kayu dalam industri perabot, dan juga digunakan dalam bidang perubatan seperti mengawet mayat.

    Berhati-hatilah ketika memilih makanan untuk menjamu selera.

    Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

    images (30)images (31)images (32)

    1. Minyak-minyak yang tumpah akibat perlanggaran dua buah kapal kargo di Selat Melaka itu boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar yang teruk.
    • Ayat di atas SALAH.
    • Kesalahannya adalah kerana kata ‘minyak’ yang digandakan.
    • Kata ‘minyak’ telah membawa makna banyak dan tidak perlu digandakan.

    Potret juara ...?

    Potret juara ...?

    Rekod dunia Usain Bolt 19.30s dalam acara 200 meter yang dilakukan di Beijing sekali lagi lebur oleh dirinya sendiri. Di Berlin, kali ini Usain Bolt mencipta masa terpantas 19.19s meninggalkan pencabar-pencabar lain di belakang.

    Germany Athletics WorldsGermany Athletics Worlds

    Kesempurnaan bahasa…?

    • Bahasa digunakan sebagai alat perhubungan, saluran yang menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Agar mesej yang ingin disampaikan itu benar-benar difahami, maka bahasa yang digunakan itu hendaklah betul, tepat dan berkesan.
    • Bahasa yang digunakan pula hendaklah juga bersifat sempurna (tatabahasa) dan semantiknya.
    • Daripada kesempurnaan inilah lahirnya nanti istilah keindahan.

    Sekadar mengulas kata-kata Prof. Dato’ Dr. Nik Safiah Karim.

    Kesempurnaan karya artis...?

    Kesempurnaan karya artis...?

    Gergasi bola sepak England tewas mengejut kepada pasukan bawahan Burnley 0 – 1 dan Liverpool pula mengganas setelah menewaskan Stoke dengan jaringan 4 – 0. Kekalahan MU agak memeritkan kerana sejak 47 tahun, inilah kali pertama pasukan Burnley dapat menumpaskan pasukan elit dan ternama itu.

    Keputusan 19 Ogos 2009:

    • Man. United ┬áVs Burnley: 0 – 1
    • Liverpool Vs Stoke: 4 – 0
    • Birmingham Vs Portsmouth: 1 – 0
    • Tottenham Hotspur Vs Hull City: 5 – 1
    Malam serba tak menjadi...?

    Malam serba tak menjadi...?

    Cerpen Tg.2:Tina…?

    Sinopsis:-

    Cerita mengisahkan Haidi bertemu dengan Kursiah yang mirip wajah adiknya Tina (Sutina). Tina meninggal dunia kerana sakit jantung berlubang. Kemunculan Kursiah mengingatkan Haidi peristiwa dia bermain layang-layang dengan Tina di padang. Haidi berusaha untuk mendekati Kursiah. Walaupun pada mulanya Kursiah tidak melayan Haidi dengan mesra, dia tidak kecewa.

    Pada hari sukan, kebetulan Kursiah serumah dengan Haidi. Kursiah merupakan pelari jarak jauh rumah Hijau dan mengambil bahagian dalam acara 5000 meter. Haidi membayangkan jika Tina masih hidup, tentulah dia sebaya dengan Kursiah. Haidi memberikan kata-kata semangat kepada Kursiah dan berjanji akan memberinya wang sebanyak lima ringgit jika dia mendapat tempat pertama.

    Kursiah mendapat pertama tetapi dia jatuh pengsan selepas melepasi garisan penamat. Haidi tergamam apabila Kursiah diusung di atas tandu. Haidi tidak dapat mengawal perasaan lalu menjerit dengan menyuruh Kursiah segera dihantar ke hospital. Dia tidak mahu Kursiah menerima nasib yang sama seperti Tina. Rakan-rakannya yang lain tercengang melihat kelakuan Haidi. Dia berdoa semoga Kursiah tidak mati agar Kursiah dapat menjadi pengganti adiknya, Tina.

    Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk melindungi PC dan anda daripada ancaman dalam dunia siber dan perisian jahat. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah:-

    • aktifkan perlindungan
    • kemas kini dan perbaharui perisian antivirus dan antispyware
    • gunakan perisian keselamatan
    • tutup komputer atau putuskan sambungan internet
    • guna komputer dengan hati-hati
    • berhati-hati ketika muat turun
    • jangan klik sebarang pautan e-mel yang tidak pasti
    • elakkan daripada melayari web negatif

    images (27)images (28)images (29)