Archive for September, 2009


Begitulah tajuk berita akhbar Utusan Malaysia 30 September 2009, muka surat 7.

Kewujudan Manuskrip Risalah Hukum Kanun membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa dunia yang turut dipelajari oleh golongan bukan Melayu. Ulas Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia, “hakikat itu dibuktikan dalam manuskrip tersebut yang dihasilkan lebih 40 versi hingga kini masih tersimpan di luar negara.

Komen Penulis:

Penulis memang tidak menafikan bahkan menyokong dengan bersungguh-sungguh fakta yang mengatakan bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dunia yang telah menjadi bahasa lingua franca sedikit masa dulu.

Cuma penulis ingin dan mahu menyoal kenapakah orang-orang kita sendiri yang secara sedar atau tidak sanggup menafikan hak dan martabat bahasa Melayu? Kenapakah bahasa Melayu menjadi seperti melukut di tepi gantang di negara sendiri?

Cuba renung-renungkan gelagat orang kita….

  • Para pemimpin negara lebih berbangga bercakap, berbicara, berpidato menggunakan bahasa Inggeris walaupun dikelilingi masyarakat berkulit sawo matang.
  • Ahli-ahli korporat lebih rancak berbahasa Inggeris walaupun tidak sehebat mana.
  • Pemimpin dan pegawai kerajaan lebih seronok berbahasa Inggeris apabila muncul di skrin-skrin tv.
  • Para artis sering bercakap menggunakan bahasa Inggeris yang bercampur-campur dengan bahasa Melayu.
  • Bahasa Melayu hanyalah kepunyaan orang berstatus rendah, petani, golongan rakyat bawahan.
  • Sudah berjalankah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa di mahkamah?
  • Bagaimana dan bagaimana?

5. Pelantikan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 …………. oleh seluruh rakyat.

  • A    dilaung-laungkan
  • B    dialu-alukan
  • C    diuar-uarkan
  • D    diwara-warakan

Jawapan: B

6. Sajak yang berjudul ‘Dunia Hipokrasi’ nukilan Farid BO telah ………. dalam akhbar harian pada minggu lepas.

  • A    tercatat
  • B    tertulis
  • C    tersiar
  • D    termuat

Jawapan: C

1. …………….. sedang memeriksa akaun Syarikat Bfast yang baru ditubuhkan.

  • A    Juru audit
  • B    Juruaudit
  • C    Jurukira
  • D    Juru kira

Jawapan: B

9. Tragedi(A) tanah runtuh yang mengerikan itu adalah(B) disebabkan oleh kecuaian pihak pemaju yang mengabaikan(C) aspek keselamatan. Tiada kesalahan(D)

Jawapan: B

Komen: Kata pemeri tidak boleh digunakan di depan kata kerja.

11. Akibat kegawatan(A) ekonomi, lepasan universiti sekarang menghadapi(B) masalah untuk memperolehi(C) pekerjaan. Tiada kesalahan(D)

Jawapan: C

Komen: Ejaan salah > memperoleh

Pilih pasangan ayat yang betul.

26.

  • I    Buku masakan yang dibeli oleh ayah ini ialah untuk ibu kesayangan.
  • II   Pusat beli-belah menjadi tumpuan orang ramai semasa dwiperayaan.
  • III Kerja-kerja menaiktarafkan bangunan itu sedang giat dijalankan.
  • IV  Bandar-bandar raya di Malaysia perlu meningkatkan tahap kebersihan.
  • A   I dan II
  • B    III dan IV
  • C    I, II dan IV
  • D    II, III dan IV

Jawapan: D

Komen:

  1. Ayat I salah dari segi penggunaan kata pemeri. (ialah>adalah)

27.

  • I    Tidak terjawab olehnya akan pertanyaan yang diajukan oleh gurunya.
  • II  Pulau Sipadan disenaraikan dengan lain-lain destinasi yang terkemuka di dunia.
  • III Yang menjahit baju kebaya nyonya itu kakak kamukah?
  • IV Datuk banyak mengetahui kisah pada zaman Jepun di Tanah Melayu.
  • A   I dan II
  • B    I dan IV
  • C    II dan III
  • D    III dan IV

Jawapan: B

Komen:

  1. Ayat II salah kerana faktor hukum D-M (lain-lain destinasi)
  2. Ayat III salah kerana kata tanya ‘kah’ berada di hujung ayat.

Soalan MRSM: Percubaan 2009…?

10. Kami telah memberikan(A) jaminan untuk memperbaiki(B) taraf hidup rakyat di kawasan pedalaman(C). Tiada kesalahan(D)

Jawapan: B

Komen: Kata adjektif apabila menerima imbuhan awalan berangkap ‘memper-‘ dan ‘diper-‘, maka tidak boleh dimasukkan imbuhan akhiran lagi.

  • memperbaik / membaiki
  • diperbaik / dibaiki bukannya diperbaiki
  • mempercepat / dipercepat bukannya mempercepatkan / mempercepati

14. Cahaya bulan purnama yang menerangi(A) malam, diserikan bintang-bintang(B) berkerdipan di langit menjadikan malam itu indah nian(C). Tiada kesalahan(D).

Jawapan: B

Komen: Kata bintang tidak perlu digandakan lagi kerana kata berkerdipan itu telah membawa maksud banyak.

Penulis kesal kerana masih ada orang yang mahu berbahasa tetapi ‘tak tahu bahasa’! Kesalahan yang dilakukan pula amat memalukan (kalau boleh digunakan). Dan kadang-kadang orang yang membuat kesalahan itu bukannya sahaja orang awam biasa tetapi juga para pakar bahasa, penulis buku dan akhbar serta orang-orang yang terlibat dalam bidang penyiaran.

Misalnya penggunaan kata ‘dokong’ atau ‘mendokong’, setahu penulis makna ‘dokong’ ialah sejenis buah yang bergugus-gugus seperti langsat dan banyak dijual pada musim buah-buahan tempatan.

Kata ‘Mendokong’ tak tahulah di mana berasalnya? Yang menyakitkan hati penulis adalah kerana ramai orang menggunakan ‘mendokong’ sebagai ganti kepada kata ‘mendukung’; contohnya:-

  • mendokong tanggungjawab
  • mendokong peranan
  • mendokong seruan kerajaan dan lain-lain.
  • mendokong 1Malaysia

Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 muka surat 369, kata ‘dukung’ bermaksud:

  1. kain pengendong
  2. membawa, memikul, menyokong, berusaha untuk berjaya, menegakkan, membantu bersama-sama, mengemukakan dan menyampaikan.

SEPATUTNYA, pengguna bahasa yang budiman sekalian menggantikan penggunaan kata yang tidak wujud dalam kamus itu (mendokong) dengan kata mendukung. Kerana ….

JADI …

  • mendukung tanggungjawab
  • mendukung peranan
  • mendukung seruan kerajaan dan lain-lain.
  • mendukung 1Malaysia

Mahamulia / maha mulia…?

Kata ‘maha-‘ ialah imbuhan awalan yang berasal daripada bahasa Sanskrit berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama. Imbuhan ini membawa maksud ‘paling’ atau ‘terbesar’, ‘teragung’ dan ‘tertinggi’. 

Kebiasaannya kata imbuhan digabungkan terus dengan kata dasar menjadi satu perkataan baru yang mungkin berubah dari segi sifatnya. Namun bagi imbuhan ‘maha-‘ ini apabila digunakan kepada kata adjektif, perkataan ‘maha’ dieja berasingan. Lihat contoh di bawah:-

  • maha-  + kata nama
  1. maha     +     rani          > maharani
  2. maha     +     guru         > mahaguru
  3. maha     +     siswa        > mahasiswa
  4. maha     +     raja           > maharaja
  • maha  +  kata adjektif
  1. maha     +     besar         > maha besar
  2. maha     +     agung        > maha agung
  3. maha     +     mulia         > maha mulia
  4. maha     +     suci            > maha suci
  • maha yang digunakan pada kata adjektif tidak bertaraf imbuhan tetapi tetapi sebaliknya berfungsi sebagai kata yang mantap.
  • Bahagian A (Meringkas): Punca-punca yang menyebabkan masalah banjir kilat di bandar.
  • Bahagian A(ii) Pemahaman:
  • Bahagian B (Esei Bahan Rangsangan): Keperluan mengambil makanan yang  seimbang.
  • Bahagian C (Esei Umum):
  1. Bergotong-royong dalam melakukan sesuatu pekerjaan merupakan amalan yang mulia. Huraikan kepentingan amalan bergotong-royong dalam kalangan pelajar.
  2. Kemampuan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa amatlah baik. Nyatakan kelebihan jika kita memiliki kemampuan tersebut.
  3. Anda sebagai setiausaha sebuah kelab di sekolah telah diminta oleh jawatankuasa menulis sepucuk surat kepada Tuan Pengetua untuk memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Tulislah surat itu selengkapnya.
  4. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
  5. Ombak laut terus memukul pantai. Orang ramai semakin asyik bermain air di gigi pantai. Ada yang datang bersendirian dan ada juga yang berkeluarga. Gambarkan suasana yang menarik di pantai tersebut.
  • Bahagian D (Novel): Jelaskan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat pada watak utama dalam novel Tg.1 dan Tg.3.
  • Bahagian A (Meringkas): Langkah-langkah membendung jenayah.
  • Bahagian A(ii) Pemahaman:
  • Bahagian B (Esei Bahan rangsangan): Kelebihan dan kekurangan tinggal di kampung.
  • Bahagian C (Esei Umum):
  1. Anda selaku setiausaha telah diminta menyediakan satu laporan tentang aktiviti-aktiviti yang berlangsung sempena Minggu Karnival Kokurikulum di sekolah anda. Tuliskan laporan anda selengkapnya.
  2. Masalah remaja lari dari rumah bukan berpunca daripada masalah keluarga tetapi berpunca daripada sikap remaja itu sendiri. Mengapakah fenomena ini terus berlaku? Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
  3. Sahabat pena anda yang berada di luar negara ingin mengetahui jenis-jenis permainan tradisional yang popular di negara anda. Tuliskan surat anda selengkapnya.
  4. Kemajuan sains dan teknologi membawa perubahan besar kepada pembangunan negara. Berikan pendapat anda.
  5. Tulis sebuah cerita berdasarkan pepatah Melayu yang berbunyi “Sudah terantuk, baru tengadah”.
  • Bahagian D (Novel): Persoalan:- Kanang (Kegigihan menentang musuh) dan Tragedi 4 Dis (Ketabahan menghadapi dugaan hidup) – Huraikan 4 contoh peristiwa berkaitan persoalan di atas, iaitu 2 peristiwa daripada novel Tg.2 dan 2 peristiwa daripada novel Tg.3.
  • Bahagian A (Meringkas): Keistimewaan-keistimewaan Bahasa Melayu
  • Bahagian A(ii) Pemahaman:
  • Bahagian B (Esei Bahan Rangsangan): Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
  • Bahagian C (Esei Umum):
  1. Pasukan rumah sukan anda tidak dapat mempertahankan kejuaraan dalam temasya sukan sekolah pada tahun ini. Tuliskan usaha-usaha yang perlu diambil oleh pasukan rumah sukan anda untuk merebut kejuaraan itu kembali.
  2. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kecemerlangan masa depan anak-anak mereka. Berikan pendapat anda.
  3. Sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah, anda terpilih untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Kebaikan-kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia’. Sediakan ceramah itu selengkapnya.
  4. Masyarakat dapat memainkan peranan penting dalam membanteras kejadian jenayah yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Huraikan peranan-peranan tersebut.
  5. Peribahasa ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ patut menjadi amalan rakyat Malaysia. Tuliskan sebuah karangan yang menjelaskan maksud peribahasa tersebut.
  • Bahagian D (Novel): Persoalan:- Menghormati orang tua, Ketaatan kepada agama dan Ketabahan menghadapi cabaran:- Berikan contoh peristiwa bagi setiap persoalan di atas.

Hukum D-M…?

1. Lain-lain masalah turut dibincangkan dalam mesyuarat agung itu.

  • A  Masalah lain-lain
  • B  Masalah-masalah lain
  • C  Masalah-masalah yang lain
  • D  Lain-lain masalah

2. Emak mendapat rawatan di Aziz Klinik.

  • A  Klinik Aziz
  • B  di klinik Aziz
  • C  di Klinik Aziz
  • D  di Aziz Klinik

3. Kakak sedang memasak daging rendang dan sup tulang.

  • A  rendang daging dan sup tulang
  • B  daging rendang dan tulang sup
  • C  rendang daging dan tulang sup
  • D  daging rendang dan sup tulang

Jawapan:

  1. B
  2. C
  3. A