Archive for September 2, 2009


Soalan Kedah:Percubaan 2007…?

2. Kedua-dua orang ……………… itu mendapat bayaran yang tinggi dalam setiap perlawanan.

  • A  peninju
  • B  petinju  √
  • C  pertinju
  • D  bertinju

Jawapan:  B

Komen:

  1. Mungkin ramai juga yang menjawab A. Sebenarnya kata peninju bermaksud penumbuk.

4. Kad …………….. ke majlis perkahwinan Siti baru saja saya terima pagi tadi.

  • A  sapaan
  • B  jemputan
  • C  panggilan
  • D  undangan √

Jawapan:  D

Komen:

  1. Jawapan B mungkin dipilih oleh sesetengah pelajar.  Kata jemputan bermaksud ‘kita pergi mengambil atau menunggu’. Lihat contoh ayat di bawah:-
  2. Saya pergi menjemput ayah di stesen bas. ( pergi ambil ayah di stesen bas)

    Suhu badan normal berbeza bergantung kepada tempat bacaan suhu diambil:-

    • Mulut: 35.5°C ke 37.5°C
    • Telinga: 35.8°C ke 38°C
    • Ketiak: 34.7°C ke 37.3°C
    • Rektum (dubur): 36.6°C ke 38°C
    • Masyarakat moden lebih cenderung untuk hidup bersendirian tanpa gangguan orang lain.
    • Mereka yang memiliki kemewahan berasa tidak perlu bergantung kepada orang lain.
    • Sikap terlalu materialistik menyebabkan mereka mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri.
    • Mereka juga beranggapan bahawa amalan kejiranan seperti bermuafakat, tolong-menolong sebagai membazirkan masa dan tiada faedah.
    • Sifat keakuan yang menebal dan khuatir untuk menghulurkan bantuan.
    • Kurangnya nilai pendidikan agama dalam diri.
    • Kurangnya kesedaran betapa semangat kejiranan amat penting dipraktikkan.
    • Struktur petempatan yang moden juga mengehadkan perhubungan antara jiran.
    • Kesuntukan masa dan peluang telah memburukkan keadaan.
    • Kurangnya kempen kesedaran oleh pihak berwajib, badan NGO dan pertubuhan agama.
    • Perbezaan status dan darjat dalam kalangan masyarakat juga merenggangkan lagi hubungan.
    • Perbezaan pegangan politik dan kaum boleh memburukkan keadaan.