2. Kedua-dua orang ……………… itu mendapat bayaran yang tinggi dalam setiap perlawanan.

  • A  peninju
  • B  petinju  √
  • C  pertinju
  • D  bertinju

Jawapan:  B

Komen:

  1. Mungkin ramai juga yang menjawab A. Sebenarnya kata peninju bermaksud penumbuk.

4. Kad …………….. ke majlis perkahwinan Siti baru saja saya terima pagi tadi.

  • A  sapaan
  • B  jemputan
  • C  panggilan
  • D  undangan √

Jawapan:  D

Komen:

  1. Jawapan B mungkin dipilih oleh sesetengah pelajar.  Kata jemputan bermaksud ‘kita pergi mengambil atau menunggu’. Lihat contoh ayat di bawah:-
  2. Saya pergi menjemput ayah di stesen bas. ( pergi ambil ayah di stesen bas)

    Advertisements