18. Kita harus bekerjasama menyelesaikan segala masalah demi untuk kepentingan bersama.

  • A  demi kepentingan bersama  √
  • B  sebab kepentingan bersama
  • C  demi kerana kepentingan bersama
  • D  demi untuk kepentingan bersama

Jawapan: A

Komen:

  1. Kata sendi tidak boleh digunakan berturut-turut, contoh lain seperti:-
  • selain dari / daripada / untuk
  • oleh kerana
  • sejak dari

19. Hidangan kari kepala ikan yang kakak masak sedap sangat.

  • A  yang dimasak kakak sedap sangat  √
  • B  kakak yang masak sedap sangat
  • C  yang dimasakkan oleh kakak sedap sangat
  • D  yang kakak masak sedap sangat

Jawapan: A

Komen:

  1. Ayat pasif diri ke-3, kata kerja pasifnya berimbuhan awalan di-
Advertisements