Archive for September 4, 2009


Soalan Kelantan: Percubaan 2009…?

20. “Puan Aminah akan menerangkan lebih lanjut program tersebut kepada kalian,” kata Puan Norma.

  • A  menerangkan dengan lebih lanjut program tersebut
  • B  menerangkan program tersebut lebih lanjut  √
  • C  menerangkan dengan lanjut program tersebut
  • D  menerangkan lebih lanjut program tersebut

Jawapan: B

Komen:

  1. menerangkan ialah kata kerja transitif (KKT)
  2. program tersebut ialah objek (KN)
  3. Rumusnya ialah : KKT ———–> Objek
  4. menerangkan (KKT) ———> program tersebut (Objek)
  • Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan pada 24 Julai 2009.
  • Tenaga hijau merujuk kepada penggunaan sumber-sumber tenaga yang tidak mencemarkan alam dan boleh diperbaharu seperti angin, tenaga nuklear, dan tenaga suria.
  • Teknologi hijau telah dibangunkan di Jepun dan di Jerman sejak tahun 1990-an lagi.
  • Protokol Kyoto 1997 merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang perubahan iklim dunia.
  • Gas rumah hijau ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon (CFC) dan perfluorokarbon (PFC).
  • Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas rumah hijau di dalam satu ruangan tertutup meningkat dan menghalang haba daripada mudah terbebas.


    • Lambakan pelbagai bahan media yang memaparkan adegan ganas di pasaran.
    • Tingkah laku dan penampilan watak samseng atau gengster sebagai ikutan.
    • Sekolah masih kekurangan tenaga kaunselor yang berkebolehan.
    • Kelemahan pentadbiran dan pengurusan sekolah.
    • Pelajar melakukan perbuatan buli untuk ‘seronok-seronok’.
    • Pelajar yang membuli melihat perbuatan itu sebagai satu cara untuk memeriahkan situasi.
    • Pembuli menganggap perbuatan mengganggu orang lain sebagai hobi.
    • Pembuli menjadikan mangsa sebagai alat menempiaskan perasaan benci, dendam, marah selain membalas dendam.
    • Pembuli berasa hebat setelah membuli. Mahu disanjung oleh rakan.
    • Pembuli tidak mempunyai latar belakang agama yang cukup selain kurang mendapat perhatian daripada keluarga.
    • Kurangnya kerjasama dalam kalangan pelajar untuk membanteraskan kes buli kerana perasaan takut dan tidak mahu menjaga tepi kain orang.
    • Kurang kesedaran dalam kalangan pelajar dan pihak sekolah.
    • Langkah penguatkuasaan yang masih longgar dan lemah oleh pihak bertanggungjawab.
    • Kurang mendapat kerjasama daripada ibu bapa.
    • Watak utama: Aziz
    1. Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang kematian ayah dan ibu. Tinggal dengan Mak Cik Joyah.
    2. Suka mengelamun dan mempercayai perkara yang karut.
    3. Senantiasa menghormati orang tua.
    4. Bersifat penyayang, sensitif, dan berfikiran matang.
    5. Tabah menghadapi dugaan hidup, rajin berusaha dan suka menolong.
    6. Seorang budak yang berani dan kreatif dalam mencari rezeki.
    7. Mempunyai rasa simpati dan bersikap rasional.
    • Watak sampingan: Afidah
    1. Seorang kanak-kanak yang bernasib malang dan kematian ibu dalam usia 3 tahun.
    2. Rajin berusaha dan penyayang.
    3. Menghormati orang tua dan pandai membawa diri.
    4. Bertimbang rasa dan sering berhati-hati.
    5. Hidup menderita tapi mampu berdikari.
    • Bil. sekolah rendah: 7,655 buah
    • Bil. sekolah menengah: 2,189 buah
    • Bil. murid sekolah rendah: 3, 111.948 orang
    • Bil. murid sekolah menengah: 2, 304.976 orang
    • JUMLAH SEMUA MURID: 5, 416.924 orang


    • Bil. guru sekolah rendah:
    1. Guru lelaki: 67, 947 0rang
    2. Guru perempuan: 151, 819 orang
    • Bil. guru sekolah menengah:
    1. Guru lelaki: 53, 825 orang
    2. Guru perempuan: 112, 440 orang
    • Jumlah semua guru lelaki: 121, 272 orang
    • Jumlah semua guru perempuan: 264, 259 orang
    • JUMLAH SEMUA GURU: 385, 531 orang