Archive for September 5, 2009


Soalan Kedah: Percubaan 2007…?

20. Peristiwa amuk di Universiti Virginia Tech, telah banyak mengorbankan nyawa yang tidak berdosa.

  • A  telah membunuh banyak nyawa
  • B  telah mengorbankan banyak nyawa
  • C  telah banyak mengorban nyawa
  • D  telah banyak mengorbankan nyawa

Jawapan: D

Komen:

  1. KKT ————-> Objek

21. Semua ketua kelas disarankan agar mewujudkan sudut taman bagi memperindahkan kelas mereka.

  • A  mengindah kelas
  • B  mengindahi kelas
  • C  memperindah kelas
  • D  memperindahkan kelas

Jawapan: C

Komen:

  1. Awalan berangkap: memper + KA > tidak perlu imbuhan akhiran.
  2. Contoh lain seperti memperdalam, memperlebar, memperluas, memperindah, mempertajam, memperhebat dan lain-lain.

  • Sebagai elemen penggerak bagi mencapai wawasan negara.
  • Melaporkan peristiwa dalam dan luar negara kepada masyarakat.
  • Menjadi cerminan masyarakat.
  • Menjadi saluran suara rakyat menyatakan pendapat, komen dan bantahan.
  • Membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan proses pembangunan.
  • Menjadi ejen penyebar dasar kerajaan ke seluruh pelosok tanah air.
  • Memberikan sumbangan dan membantu menghapuskan kemiskinan.
  • Memenuhi tanggungjawab sosial melalui pendedahan masalah rakyat yang perlu dibantu kerajaan.
  • Berperanan mendidik masyarakat menjadi golongan yang bersedia menyahut seruan kerajaan membangunkan negara.


9. Oleh sebab (A) jalan ceritanya yang menarik, persembahan drama itu mereka tonton (B)  berkali-kali biarpun (C)  harga tiketnya agak mahal. Tiada kesalahan (D)

Jawapan: B

Komen:

  1. Ayat di atas ialah ayat pasif diri ketiga (mereka)
  2. Kata kerja pasif ketiga perlu ditambahkan imbuhan awalan di- (ditonton)
  3. Ayat di atas sepatutnya ditulis begini:-
  • Oleh sebab jalan ceritanya yang menarik, persembahan drama itu ditonton oleh mereka berkali-kali biarpun harga tiketnya agak mahal.

29. Peribahasa berikut membawa maksud tidak dapat dipisahkan lagi.

  • A  Bagai pahat dengan penukul
  • B  Bagai api dengan asap
  • C  Seperti anjing dengan kucing
  • D  Bagai cincin dengan permata

Jawapan: B

Komen:

  1. Peribahasa A bermaksud orang yang malas.
  2. Peribahasa C bermaksud orang yang sering bergaduh.
  3. Peribahasa D bermaksud pasangan yang cocok.