12. Aidil menasihati(A) isterinya agar jangan mudah terpengaruh dengan(B) jualan murah yang sering diadakan di pusat beli-belah(C) di negara kita. Tiada kesalahan(D)

Jawapan: B

Komen:

  1. Penggunaan kata sendi ‘dengan’ sebenarnya patut digantikan dengan ‘oleh’.


13. Penyelaras program itu berharap agar setiap orang(A) peserta perlu menggunakan masa dengan sebaik-baiknya(B) bagi mengelakkan diri daripada(C) dikenakan tindakan. Tiada kesalahan(D)

Jawapan:  A

Komen:

  1. Kata bilangan ‘setiap’ ialah jenis kata bilangan pisahan. Semua kata bilangan pisahan tidak perlu diikuti penjodoh bilangan. [ setiap pelajar, setiap rumah, tiap-tiap kereta ….. ]


14. “Selesaikan(A) masalah yang wujud di antara(B) kamu berdua secara baik,” kata cikgu Rohani kepada kedua-dua(C) orang muridnya. Tiada kesalahan(D)

Jawapan: B

Komen:

  1. ‘di antara’ membawa maksud tempat yang terletak di tengah-tengah.
  2. Jawapan yang sepatutnya antara.

Advertisements