Terdapat beberapa jenis ayat pasif, antaranya:-

  • Ayat pasif  I (menggunakan kata ganti diri I) dan ayat pasif II (menggunakan kata ganti diri II), contohnya:-
  1. Buku itu saya baca sejak semalam. > Ayat pasif I
  2. Buku itu awak baca sejak semalam. > Ayat pasif II
  • Ayat pasif III (menggunakan kata ganti diri III), contoh:-
  1. Buku itu dibaca oleh beliau sejak semalam. > Ayat pasif III
  2. Buku itu dibaca oleh mereka sejak semalam. > Ayat pasif III
  3. Buku itu dibaca beliau sejak semalam. > Ayat pasif III
  • Ayat pasif berimbuhan ter-, contohnya:-
  1. Kereta itu terhempak oleh pokok mangga yang tumbang.
  2. Rumah itu terbina oleh penduduk kampung.
  • Ayat pasif berimbuhan ber- dan ke-an, contohnya:-
  1. Pinggan mangkuk itu bersusun dengan rapi.
  2. Ayah kehujanan ketika balik dari masjid.
  3. Rumah Ali kecurian malam tadi.
  4. Seluar itu belum berjahit lagi.
  • Ayat pasif dengan kata bantu ‘kena’, contohnya:-
  1. Perempuan itu kena pukul oleh budak jahat.
  2. Mereka kena marah oleh Cikgu Azemi.
  3. Harimau ganas itu kena tembak oleh pemburu.