Penanda wacana ialah unsur penting yang berfungsi untuk mengaitkan idea dalam satu ayat dengan idea dalam ayat yang lain.

Penanda wacana dapat berfungsi sebagai penjalin kesinambungan antara ayat dengan ayat.

Walau  bagaimanapun, pemilihan penanda wacana mestilah bersesuaian dengan ayat dan isi yang hendak digabungkan.

Antara penanda wacana yang biasa dipakai ialah:-

  • oleh sebab itu
  • namun begitu
  • seterusnya
  • selain itu
  • walaupun demikian
  • namun demikian
  • kemudian
  • selepas itu
  • sebelum itu
  • sebaliknya
  • di samping itu
  • justeru
  • mujurlah
  • sebenarnya
  • sehubungan itu
  • dalam pada itu
  • hal ini demikian
  • tambahan pula
  • lantaran itu
  • akan tetapi
  • akhirnya
  • malangnya dan lain-lain lagi.
jambatan

Penghubung daratan...?

Advertisements