Archive for September 10, 2009


Kesalahan: Frasa sendi…?

Cuba lihat contoh kesalahan penggunaan frasa sendi dan pembetulannya:-

  • dari ayah > daripada ayah
  • membeli buku dari kedai itu > membeli buku daripada kedai itu
  • di tengah hari > pada tengah hari
  • terpengaruh dengan iklan > terpengaruh oleh iklan
  • terhadap tuntutan > tentang tuntutan
  • bencikan kamu > benci akan kamu
  • di dalam pertandingan > dalam pertandingan
  • demi untuk dia > demi dia / untuk dia
  • antara faktor-faktor > antara faktor
  • antara Ali dan Ahmad > antara Ali dengan Ahmad
  • dari tahun ke setahun > dari setahun ke setahun / dari tahun ke tahun

Khazim...

Khazim...

Kesalahan frasa adjektif juga kerap ditanyakan dalam peperiksaan. Antara contoh kesalahan frasa adjektif dan pembetulannya ialah:-

  • memperluaskan pengetahuan > memperluas pengetahuan
  • diperluaskan peluang > diperluas peluang
  • amat pandai betul > amat pandai sekali
  • begitu cantik sekali > begitu cantik / cantik sekali
  • dia kenal sekali > dia terkenal sekali
  • sungai itu terpanjang > sungai itu paling panjang
  • kasut-kasut itu cantik-cantik belaka > kasut itu cantik-cantik belaka

    Pelajar seharusnya peka akan beberapa kesalahan bahasa seperti kesalahan frasa kerja, antara contoh kesalahan frasa kerja dan pembetulannya ialah:-

    • berdasarkan kepada maklumat  > berdasarkan maklumat
    • balik kampung > balik ke kampung
    • membangunkan banyak daerah > banyak membangunkan daerah
    • menghadiahi sebuah buku > menghadiahkan sebuah buku
    • memasakkan nasi > memasakkan ayah
    • mengenepikan isu > mengetepikan isu
    • menenggelamkan kawasan rendah > menenggelami kawasan rendah
    • berbincang masalah > berbincang tentang masalah
    • menceritakan tentang kisah > menceritakan kisah
    • mententeramkan keadaan > menenteramkan keadaan
    • dan lain-lain.

    11. Banyak(A) kanak-kanak di(B) daerah itu tidak bersekolah kerana kesempitan(C) hidup. Tiada kesalahan.(D)

    Jawapan: D

    Komen:

    1. Kata banyak / ramai boleh digunakan.
    2. Walaupun kanak-kanak ialah kata ganda, tetapi tidak membawa maksud jamak / plural.

    12. Sultan yang ditabalkan(A) sebagai Yang di-Pertuan Agong(B) tinggal(C) di Istana Negara yang terletak di ibu negara. Tiada kesalahan(D)

    Jawapan: C

    Komen:

    1. ‘tinggal’ sepatutnya digantikan dengan kata ‘bersemayam’ (bahasa istana)

    7. Pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara diingatkan agar pandai menjaga ………… diri rakyat Malaysia.

    • A  tatatertib
    • B  tatasusila
    • C  tatanegara
    • D  tatacara

    Jawapan:  B

    Komen:

    1. tatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yang baik
    2. tatatertib bermaksud peraturan yang mesti dipatuhi / disiplin
    3. tatanegara bermaksud bentuk pemerintahan negara
    4. tatacara bermaksud adat istiadat

    18. Allahyarham Mokhtar Dahari ialah di antara pemain-pemain bola sepak yang berkaliber di rantau Asia suatu ketika dahulu.

    • A  ialah antara pemain
    • B  adalah antara pemain
    • C  adalah antara pemain-pemain
    • D  ialah di antara pemain-pemain

    Jawapan: B

    Komen:

    1. Kata pemeri ‘adalah’ digunakan di depan kata sendi nama.
    2. Kata ‘di antara’ membawa maksud tempat.
    3. Kata ‘antara’ membawa maksud banyak / jamak, kata nama selepasnya tidak perlu dgandakan.