Archive for September 17, 2009


Kesalahan kata pada hari raya…?

Apabila kita menyambut hari lebaran iaitu Hari Raya Aidilfitri, maka berasa seronok bukan kepalang. Mengapa tidak, sebulan kita berpuasa Ramadan, menempuh pelbagai cubaan dan dugaan, tibalah hari untuk merayakan kemenangan.

Penulis sebenarnya tidak mahu bercerita panjang tentang sambutan, kemeriahan dan nikmatnya hari raya. Cuma penulis ingin mengajak semua pelajar untuk merenungkan apa-apa kesalahan (bukan perbuatan dosa…) bahasa yang tampil secara kebetulan apabila tiba hari Aidilfitri.

Antara kesalahan yang ingin dikongsikan oleh penulis ialah penggunaan kata atau frasa yang tidak betul dari segi tatabahasanya, seperti:-

  • saling bermaaf-maafan sepatutnya saling bermaafan
  • di hari lebaran sepatutnya pada hari lebaran
  • satay sepatutnya sate
  • Aidil Fitri sepatutnya Aidilfitri
  • balik kampung sepatutnya balik ke kampung
  • banyak kuih-muih sepatutnya banyak kuih
  • mendapat banyak duit raya sepatutnya banyak mendapat duit raya
  • menghidangi kuih raya sepatutnya menghidangkan kuih raya
  • ramai orang berjabat salam sepatutnya ramai orang berjabat tangan
  • saling kunjung-mengunjungi sepatutnya saling mengunjungi
  • mengunjungi ke rumah sepatutnya mengunjungi rumah
  • berbagai juadah sepatutnya pelbagai juadah
  • bila tiba hari raya sepatutnya apabila tiba hari raya
  • umat-umat Islam sepatutnya umat Islam
  • banyak kenduri khawin sepatutnya banyak kenduri kahwin
  • daging rendang sepatutnya rendang daging
  • makan tengahari sepatutnya makan tengah hari
  • pulang dengan keretapi sepatutnya pulang dengan kereta api
  • di dalam perjalanan sepatutnya dalam perjalanan
  • koleksi lagu-lagu raya sepatutnya koleksi lagu raya
  • begitu sedap sekali sepatutnya begitu sedap / sedap sekali

Enaknya...?

Enaknya...?

Kepada para pelajar 3 Delta dan 3 Gamma yang budiman,

Selamat hari raya Aidilfitri serta  maaf zahir dan batin cikgu pohonkan daripada semua. Mungkin ada salah dan silap yang cikgu telah lakukan ketika kita bersama-sama. Pesan cikgu, rebutlah kesempatan pada hari lebaran yang mulia ini untuk memohon maaf dan juga restu daripada kedua-dua orang ibu bapa kita. Eratkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan yang paling penting, PMR SEMAKIN DEKAT!!!!

Untuk tidak menghampakan permintaan semua, di sini cikgu sertakan DUA tugasan mudah untuk disiapkan oleh semua pelajar:-

  1. Baca dan kumpulkan 20 soalan objektif aneka pilihan yang sukar dan memerlukan perbincangan dengan guru.
  2. Senaraikan 50 peribahasa yang menarik berserta dengan maksudnya sekali.
  • Semua tugasan mudah ini hendaklah dihantar pada hari pertama persekolahan selepas cuti hari raya.

Khazim...?

Khazim...?

    Pilih ayat-ayat yang betul.

    25.

    • I    Di Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir kilat.
    • II   Kerja Kursus Geografi telah disiapkan oleh kami pada pagi tadi.
    • III Sali mengalami kesedihan yang amat sangat setelah kematian ibunya.
    • IV  Dengan berpandukan cahaya bulan, mereka meredah malam yang gelita.

    A    I dan II    B    II dan IV    C    III dan IV    D    I, III dan IV

    Jawapan: C

    Komen:

    1. Ayat I > salah kerana ayat tergantung (tiada predikat)
    2. Ayat II > salah kerana penggunaan imbuhan di- pada kata kerja pasif (disiapkan) – ayat pasif pertama.

    26.

    • I    Basah meja itu kerana ketumpahan kuah gulai.
    • II  Sudah berkurun lamanya harta karun itu tertanam di dasar laut.
    • III Anak kucing kesayangan ibu terlanggar oleh sebuah kereta Proton Waja.
    • IV Sabri baru sahaja membelikan sebuah buku cerita kepada adik bongsunya.

    A    I dan II    B    I dan III    C    II, III dan IV    D    I, II, III dan IV

    Jawapan: B

    Komen:

    1. Ayat II > salah kerana penggunaan kata bilangan himpunan, sepatutnya berkurun-kurun.
    2. Ayat IV > salah kerana penggunaan KKT ‘membelikan’ sepatutnya membelikan adik.

    27.

    • I    Untuk mencapai kata sepakat, mereka perlu berbincang tentang perkara itu dengan segera.
    • II  Novel yang dibacanya itu ialah novel yang dituliskan oleh penulis terkenal.
    • III Budin mendapat asuhan yang secukupnya daripada ibu bapa sejak dari kecil lagi
    • IV Sikap Ali yang rajin dan gigih berusaha menyebabkan dia mencapai kejayaan yang cemerlang dalam ujian.

    A    I dan II    B    II dan III    C    I dan IV    D    I, III dan IV

    Jawapan: C

    Komen:

    1. Ayat II > salah kerana penggunaan dituliskan oleh, sepatutnya ditulis oleh.
    2. Ayat III > salah kerana penggunaan kata sendi berturut-turut, sejak  +  dari.