Kata ‘maha-‘ ialah imbuhan awalan yang berasal daripada bahasa Sanskrit berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama. Imbuhan ini membawa maksud ‘paling’ atau ‘terbesar’, ‘teragung’ dan ‘tertinggi’. 

Kebiasaannya kata imbuhan digabungkan terus dengan kata dasar menjadi satu perkataan baru yang mungkin berubah dari segi sifatnya. Namun bagi imbuhan ‘maha-‘ ini apabila digunakan kepada kata adjektif, perkataan ‘maha’ dieja berasingan. Lihat contoh di bawah:-

  • maha-  + kata nama
  1. maha     +     rani          > maharani
  2. maha     +     guru         > mahaguru
  3. maha     +     siswa        > mahasiswa
  4. maha     +     raja           > maharaja
  • maha  +  kata adjektif
  1. maha     +     besar         > maha besar
  2. maha     +     agung        > maha agung
  3. maha     +     mulia         > maha mulia
  4. maha     +     suci            > maha suci
  • maha yang digunakan pada kata adjektif tidak bertaraf imbuhan tetapi tetapi sebaliknya berfungsi sebagai kata yang mantap.
Advertisements