Archive for September 29, 2009


Soalan MRSM: Percubaan 2009…?

10. Kami telah memberikan(A) jaminan untuk memperbaiki(B) taraf hidup rakyat di kawasan pedalaman(C). Tiada kesalahan(D)

Jawapan: B

Komen: Kata adjektif apabila menerima imbuhan awalan berangkap ‘memper-‘ dan ‘diper-‘, maka tidak boleh dimasukkan imbuhan akhiran lagi.

  • memperbaik / membaiki
  • diperbaik / dibaiki bukannya diperbaiki
  • mempercepat / dipercepat bukannya mempercepatkan / mempercepati

14. Cahaya bulan purnama yang menerangi(A) malam, diserikan bintang-bintang(B) berkerdipan di langit menjadikan malam itu indah nian(C). Tiada kesalahan(D).

Jawapan: B

Komen: Kata bintang tidak perlu digandakan lagi kerana kata berkerdipan itu telah membawa maksud banyak.

Penulis kesal kerana masih ada orang yang mahu berbahasa tetapi ‘tak tahu bahasa’! Kesalahan yang dilakukan pula amat memalukan (kalau boleh digunakan). Dan kadang-kadang orang yang membuat kesalahan itu bukannya sahaja orang awam biasa tetapi juga para pakar bahasa, penulis buku dan akhbar serta orang-orang yang terlibat dalam bidang penyiaran.

Misalnya penggunaan kata ‘dokong’ atau ‘mendokong’, setahu penulis makna ‘dokong’ ialah sejenis buah yang bergugus-gugus seperti langsat dan banyak dijual pada musim buah-buahan tempatan.

Kata ‘Mendokong’ tak tahulah di mana berasalnya? Yang menyakitkan hati penulis adalah kerana ramai orang menggunakan ‘mendokong’ sebagai ganti kepada kata ‘mendukung’; contohnya:-

  • mendokong tanggungjawab
  • mendokong peranan
  • mendokong seruan kerajaan dan lain-lain.
  • mendokong 1Malaysia

Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 muka surat 369, kata ‘dukung’ bermaksud:

  1. kain pengendong
  2. membawa, memikul, menyokong, berusaha untuk berjaya, menegakkan, membantu bersama-sama, mengemukakan dan menyampaikan.

SEPATUTNYA, pengguna bahasa yang budiman sekalian menggantikan penggunaan kata yang tidak wujud dalam kamus itu (mendokong) dengan kata mendukung. Kerana ….

JADI …

  • mendukung tanggungjawab
  • mendukung peranan
  • mendukung seruan kerajaan dan lain-lain.
  • mendukung 1Malaysia