Archive for September 30, 2009


Begitulah tajuk berita akhbar Utusan Malaysia 30 September 2009, muka surat 7.

Kewujudan Manuskrip Risalah Hukum Kanun membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa dunia yang turut dipelajari oleh golongan bukan Melayu. Ulas Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia, “hakikat itu dibuktikan dalam manuskrip tersebut yang dihasilkan lebih 40 versi hingga kini masih tersimpan di luar negara.

Komen Penulis:

Penulis memang tidak menafikan bahkan menyokong dengan bersungguh-sungguh fakta yang mengatakan bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dunia yang telah menjadi bahasa lingua franca sedikit masa dulu.

Cuma penulis ingin dan mahu menyoal kenapakah orang-orang kita sendiri yang secara sedar atau tidak sanggup menafikan hak dan martabat bahasa Melayu? Kenapakah bahasa Melayu menjadi seperti melukut di tepi gantang di negara sendiri?

Cuba renung-renungkan gelagat orang kita….

  • Para pemimpin negara lebih berbangga bercakap, berbicara, berpidato menggunakan bahasa Inggeris walaupun dikelilingi masyarakat berkulit sawo matang.
  • Ahli-ahli korporat lebih rancak berbahasa Inggeris walaupun tidak sehebat mana.
  • Pemimpin dan pegawai kerajaan lebih seronok berbahasa Inggeris apabila muncul di skrin-skrin tv.
  • Para artis sering bercakap menggunakan bahasa Inggeris yang bercampur-campur dengan bahasa Melayu.
  • Bahasa Melayu hanyalah kepunyaan orang berstatus rendah, petani, golongan rakyat bawahan.
  • Sudah berjalankah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa di mahkamah?
  • Bagaimana dan bagaimana?

5. Pelantikan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 …………. oleh seluruh rakyat.

  • A    dilaung-laungkan
  • B    dialu-alukan
  • C    diuar-uarkan
  • D    diwara-warakan

Jawapan: B

6. Sajak yang berjudul ‘Dunia Hipokrasi’ nukilan Farid BO telah ………. dalam akhbar harian pada minggu lepas.

  • A    tercatat
  • B    tertulis
  • C    tersiar
  • D    termuat

Jawapan: C

1. …………….. sedang memeriksa akaun Syarikat Bfast yang baru ditubuhkan.

  • A    Juru audit
  • B    Juruaudit
  • C    Jurukira
  • D    Juru kira

Jawapan: B

9. Tragedi(A) tanah runtuh yang mengerikan itu adalah(B) disebabkan oleh kecuaian pihak pemaju yang mengabaikan(C) aspek keselamatan. Tiada kesalahan(D)

Jawapan: B

Komen: Kata pemeri tidak boleh digunakan di depan kata kerja.

11. Akibat kegawatan(A) ekonomi, lepasan universiti sekarang menghadapi(B) masalah untuk memperolehi(C) pekerjaan. Tiada kesalahan(D)

Jawapan: C

Komen: Ejaan salah > memperoleh

Pilih pasangan ayat yang betul.

26.

  • I    Buku masakan yang dibeli oleh ayah ini ialah untuk ibu kesayangan.
  • II   Pusat beli-belah menjadi tumpuan orang ramai semasa dwiperayaan.
  • III Kerja-kerja menaiktarafkan bangunan itu sedang giat dijalankan.
  • IV  Bandar-bandar raya di Malaysia perlu meningkatkan tahap kebersihan.
  • A   I dan II
  • B    III dan IV
  • C    I, II dan IV
  • D    II, III dan IV

Jawapan: D

Komen:

  1. Ayat I salah dari segi penggunaan kata pemeri. (ialah>adalah)

27.

  • I    Tidak terjawab olehnya akan pertanyaan yang diajukan oleh gurunya.
  • II  Pulau Sipadan disenaraikan dengan lain-lain destinasi yang terkemuka di dunia.
  • III Yang menjahit baju kebaya nyonya itu kakak kamukah?
  • IV Datuk banyak mengetahui kisah pada zaman Jepun di Tanah Melayu.
  • A   I dan II
  • B    I dan IV
  • C    II dan III
  • D    III dan IV

Jawapan: B

Komen:

  1. Ayat II salah kerana faktor hukum D-M (lain-lain destinasi)
  2. Ayat III salah kerana kata tanya ‘kah’ berada di hujung ayat.