Archive for September, 2009


Soalan PMR: 200…?

11. Oleh sebab(A) hujan lebat pada pagi itu, upacara pengkebumian(B) jenazah pembesar negara itu akan dilakukan pada sebelah(C) petang. Tiada kesalahan(D)

12. Kehadiran(A) dif-dif kehormat(B) ke Majlis Graduasi SM. Sains Tengku Muhd Faris Petra disambut(C) oleh Tuan pengetua. Tiada kesalahan(D)

13. Antara(A) yang dibincangkan di dalam(B) mesyuarat itu termasuklah masalah disiplin para(C) pelajar. Tiada kesalahan(D)

14. Jurulatih pasukan hoki Faris yang baharu(A) mencuba(B) untuk menggunakan tiga orang penyerang di satu-satu(C) masa. Tiada kesalahan(D)

Jawapan:

  • 11 – B
  • 12 – A
  • 13 – B
  • 14 – C

Komen: (Jika ada pertanyaan)

1. Orang kampung berpusu-pusu untuk melihat bangkai ikan paus yang ………. di pantai PCB.

  • A  terlantar
  • B  terdampar
  • C  terbaring
  • D  terbengkalai

2. Disebabkan terlalu sejuk, kedua-dua belah tangan Ali menjadi ………………..

  • A  beku
  • B  kejur
  • C  tegang
  • D  kaku

3. Ayah terpaksa …………… tanah dusun kepada pihak bank untuk membiayai pengajian abang di luar negara.

  • A  memawahkan
  • B  menyewakan
  • C  memajakkan
  • D  mencagarkan

Jawapan:

  1. B
  2. B
  3. D

    21 September 2009.- Sebanyak 31 maut dalam kemalangan jalan raya pada hari pertama sambutan Aidilfitri tahun ini. Jumlah ini merupakan yang tertinggi sejak Ops Sikap ke-20 dilancarkan. Sejak dilancarkan lapan hari yang lalu, jumlah kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 144 orang.

    Statistik Ops Sikap ke-20: [ hari kelapan]

    • Kematian                  31
    • Kemalangan         1,031
    • Saman                   4,766
    • Kematian sejak lapan hari yang lalu           144 orang

    Antara faktor utama berlakunya peningkatan yang mendadak jumlah kemalangan dan angka kematian pada musim perayaan adalah:-

    1. Kecuaian pengguna jalan raya sama ada pemandu, penunggang dan pejalan kaki.
    2. Peningkatan mendadak jumlah kenderaan di jalan raya ketika musim perayaan. ( balik kampung, cuti umum, melancong )
    3. Kurangnya kesedaran dalam diri pengguna jalan raya.
    4. Kurangnya keberkesanan pihak berkuasa dalam usaha mengurangkan kes kemalangan.
    5. Faktor jalan raya yang tidak diselenggarakan dengan sempurna ( jalan rosak, sempit, selekoh tajam, tiada ciri-ciri keselamatan )
    6. Keletihan pengguna jalan raya yang terpaksa memandu jarak jauh untuk pulang ke kampung halaman.
    7. Kecuaian anggota masyarakat , ibu bapa yang tidak memantau pergerakan anak-anak mereka.
    8. Kekurangan anggota polis dalam mengawal lalu lintas terutama di kawasan-kawasan yang tinggi kadar kes kemalangannya.
    9. Penggunaan dadah terlarang oleh pemandu-pemandu lori, bas ekspres dan pengguna lain.
    10. Pemandu / pengguna yang kurang / tidak cekap mengendalikan kenderaan termasuklah juga tidak mengetahui dengan baik akan jalan-jalan yang terpaksa dilalui.
    11. Kegiatan mat rempit semakin menjadi-jadi ketika musim perayaan.
    12. Faktor cuaca seperti hujan lebat, kabus, panas terik juga boleh mempengaruhi jumlah kes.

    Leluasa / berleluasa…?

    Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, muka surat 914: kata leluasa bermaksud tidak terbatas atau tidak tersekat-sekat. Kata ini juga bermaksud kawasan yang luas, terbuka.

    Maksud kata berleluasa pula ialah berbuat sesuatu dengan bebas atau sesuka hati. Contoh ayat:

    1. Kejadian rompakan semakin berleluasa di dalam negeri.
    • leluasa bukanlah berasal daripada kata luas yang kemudiannya ditambah imbuhan le-.
    • leluasa / luasa ialah kata yang tergolong sebagai kata lama yang jarang-jarang digunakan kini (tidak produktif)
    • Dalam kerendahan hati,
    • ada ketinggian budi;
    • Dalam kemiskinan harta,
    • ada kekayaan jiwa;
    • Dalam kelembutan lidah,
    • ada keterlanjuran kata;
    • Dalam gurau senda,
    • ada khilaf dan dosa.

    Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pelajar yang dikasihi terutama pelajar-pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra, tidak dilupakan para guru dan pengunjung-pengunjung blog cikgu yang tidak henti-henti singgah untuk tujuan perkongsian ilmu.

    Semoga kerja buat kita ini mendapat ganjaran yang banyak daripada Allah yang Esa.

    Amin.

     

    Pagi Syawal 2009...?

    Pagi Syawal 2009...?

     

    Kesalahan kata pada hari raya…?

    Apabila kita menyambut hari lebaran iaitu Hari Raya Aidilfitri, maka berasa seronok bukan kepalang. Mengapa tidak, sebulan kita berpuasa Ramadan, menempuh pelbagai cubaan dan dugaan, tibalah hari untuk merayakan kemenangan.

    Penulis sebenarnya tidak mahu bercerita panjang tentang sambutan, kemeriahan dan nikmatnya hari raya. Cuma penulis ingin mengajak semua pelajar untuk merenungkan apa-apa kesalahan (bukan perbuatan dosa…) bahasa yang tampil secara kebetulan apabila tiba hari Aidilfitri.

    Antara kesalahan yang ingin dikongsikan oleh penulis ialah penggunaan kata atau frasa yang tidak betul dari segi tatabahasanya, seperti:-

    • saling bermaaf-maafan sepatutnya saling bermaafan
    • di hari lebaran sepatutnya pada hari lebaran
    • satay sepatutnya sate
    • Aidil Fitri sepatutnya Aidilfitri
    • balik kampung sepatutnya balik ke kampung
    • banyak kuih-muih sepatutnya banyak kuih
    • mendapat banyak duit raya sepatutnya banyak mendapat duit raya
    • menghidangi kuih raya sepatutnya menghidangkan kuih raya
    • ramai orang berjabat salam sepatutnya ramai orang berjabat tangan
    • saling kunjung-mengunjungi sepatutnya saling mengunjungi
    • mengunjungi ke rumah sepatutnya mengunjungi rumah
    • berbagai juadah sepatutnya pelbagai juadah
    • bila tiba hari raya sepatutnya apabila tiba hari raya
    • umat-umat Islam sepatutnya umat Islam
    • banyak kenduri khawin sepatutnya banyak kenduri kahwin
    • daging rendang sepatutnya rendang daging
    • makan tengahari sepatutnya makan tengah hari
    • pulang dengan keretapi sepatutnya pulang dengan kereta api
    • di dalam perjalanan sepatutnya dalam perjalanan
    • koleksi lagu-lagu raya sepatutnya koleksi lagu raya
    • begitu sedap sekali sepatutnya begitu sedap / sedap sekali

    Enaknya...?

    Enaknya...?

    Kepada para pelajar 3 Delta dan 3 Gamma yang budiman,

    Selamat hari raya Aidilfitri serta  maaf zahir dan batin cikgu pohonkan daripada semua. Mungkin ada salah dan silap yang cikgu telah lakukan ketika kita bersama-sama. Pesan cikgu, rebutlah kesempatan pada hari lebaran yang mulia ini untuk memohon maaf dan juga restu daripada kedua-dua orang ibu bapa kita. Eratkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan yang paling penting, PMR SEMAKIN DEKAT!!!!

    Untuk tidak menghampakan permintaan semua, di sini cikgu sertakan DUA tugasan mudah untuk disiapkan oleh semua pelajar:-

    1. Baca dan kumpulkan 20 soalan objektif aneka pilihan yang sukar dan memerlukan perbincangan dengan guru.
    2. Senaraikan 50 peribahasa yang menarik berserta dengan maksudnya sekali.
    • Semua tugasan mudah ini hendaklah dihantar pada hari pertama persekolahan selepas cuti hari raya.

    Khazim...?

    Khazim...?

      Pilih ayat-ayat yang betul.

      25.

      • I    Di Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir kilat.
      • II   Kerja Kursus Geografi telah disiapkan oleh kami pada pagi tadi.
      • III Sali mengalami kesedihan yang amat sangat setelah kematian ibunya.
      • IV  Dengan berpandukan cahaya bulan, mereka meredah malam yang gelita.

      A    I dan II    B    II dan IV    C    III dan IV    D    I, III dan IV

      Jawapan: C

      Komen:

      1. Ayat I > salah kerana ayat tergantung (tiada predikat)
      2. Ayat II > salah kerana penggunaan imbuhan di- pada kata kerja pasif (disiapkan) – ayat pasif pertama.

      26.

      • I    Basah meja itu kerana ketumpahan kuah gulai.
      • II  Sudah berkurun lamanya harta karun itu tertanam di dasar laut.
      • III Anak kucing kesayangan ibu terlanggar oleh sebuah kereta Proton Waja.
      • IV Sabri baru sahaja membelikan sebuah buku cerita kepada adik bongsunya.

      A    I dan II    B    I dan III    C    II, III dan IV    D    I, II, III dan IV

      Jawapan: B

      Komen:

      1. Ayat II > salah kerana penggunaan kata bilangan himpunan, sepatutnya berkurun-kurun.
      2. Ayat IV > salah kerana penggunaan KKT ‘membelikan’ sepatutnya membelikan adik.

      27.

      • I    Untuk mencapai kata sepakat, mereka perlu berbincang tentang perkara itu dengan segera.
      • II  Novel yang dibacanya itu ialah novel yang dituliskan oleh penulis terkenal.
      • III Budin mendapat asuhan yang secukupnya daripada ibu bapa sejak dari kecil lagi
      • IV Sikap Ali yang rajin dan gigih berusaha menyebabkan dia mencapai kejayaan yang cemerlang dalam ujian.

      A    I dan II    B    II dan III    C    I dan IV    D    I, III dan IV

      Jawapan: C

      Komen:

      1. Ayat II > salah kerana penggunaan dituliskan oleh, sepatutnya ditulis oleh.
      2. Ayat III > salah kerana penggunaan kata sendi berturut-turut, sejak  +  dari.

      Jumpa kembali…?

      Sejak 14 September hingga 16 September 2009, penulis tidak berkesempatan untuk memperlengkap blog ini kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat Pemurnian Pertandingan Bahas ala Parlimen Sekolah Berasrama Penuh di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.

      Insya-Allah, penulis akan segera mengemaskinikan blog ini dengan menjawab segala permasalahan yang dikemukakan oleh pelajar secepat mungkin serta memasukkan info-info baru untuk panduan semua apabila berkesempatan nanti.

      Sekian, terima kasih.

      Cincang / cencang…?

      Kata ‘cencang’ bermaksud tetak kecil-kecil atau halus-halus dengan parang, pisau dan lain-lain.

      ‘Mencencang’ bermaksud menetak, memotong sesuatu menjadi halus-halus atau kecil-kecil.

      Manakala ‘cincang’ pula bermaksud sejenis tumbuhan. Walaupun dalam kamus dituliskan ‘cincang’ merujuk maksud ‘cencang’, maka adalah lebih baik kita terus menggunakan kata ‘cencang’ kerana maksudnya lebih jelas.

      Oleh hal itu, ‘peribahasa air dicincang, tiada putus’ sepatutnya ditukar kepada ‘air dicencang, tiada putus’. Peribahasa ini bermaksud perselisihan antara adik-beradik akhirnya berbaik juga.

      Ok…..?

      Kesalahan: Ejaan dan Imbuhan…?

      Soalan 3c:

      i) Bangunan intitut itu perlu besar untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.

      (ii) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang akan bekalan minyak kerana bekalannya masih mencukupi.

      (iii) “Ampun Tuanku, patik bagi pihak majlis junjung kasih atas perkenan Tuanku berangkat ke majlis ini,” sembah juru acara dalam Majlis Anugerah Cemerlang itu.

      Jawapan:

      • (i)  intitut  > institut ; besar  > dibesarkan/ diperbesar
      • (ii) Hal ehwal Pengguna > Hal Ehwal Pengguna; menasihatkan > menasihati
      • (iii) junjung > menjunjung; juru acara > juruacara