Archive for Oktober, 2009


Sudah hampir seminggu penulis tidak mengemaskinikan blog ini kerana kesuntukan waktu yang amat sangat.  Untuk makluman pengunjung blog ini dan pelajar-pelajar sekalian, selepas pulang dari mesyuarat di Kuala Lumpur pada 23 Oktober yang lalu, kini penulis memimpin pula mesyuarat di peringkat pasukan selama empat hari iaitu pada 26 – 29 Oktober 2009.

Penulis berjanji akan mencuba untuk memberikan respons bagi setiap kemusykilan dan pertanyaan secepat mungkin. Insya-Allah.

Kepada semua, … penulis memohon maaf banyak-banyak.

Kata ‘bantal’ biasa kita dengar. Mungkin jika bantal tiada, pastilah tidak nyenyak tidur kita dibuatnya. Maksud kata bantal sebenarnya ialah alat yang menjadi alas kepala atau alas tempat duduk. Biasanya diperbuat daripada kekabu yang diisikan di dalam karung kain yang dijahit.

Banyak variasi bantal seperti bantal golek, bantal peluk, bantal sandar, bantal seraga, bantal suari, bantal panjang dan lain-lain.

‘Lepas bantal berganti tikar’ pula merupakan peribahasa yang bermaksud seorang lelaki yang berkahwin dengan saudara isterinya atau keluarga isterinya yang meninggal dunia.

Berbantal bermaksud memakai atau menggunakan bantal, manakala berbantalkan membawa maksud menggunakan sesuatu sebagai bantal contohnya lengan. Dia tidur berbantalkan lengan.

Membantalkan pula bermaksud menjadikan  sesuatu seperti  bantal, seperti dia membantalkan buku tebal itu bagi melelapkan matanya sekejap.

kala dan kali…?

Penulis mahu memberikan satu tip mudah bagaimana menentukan sama ada ejaan frasa atau kata yang menggunakan kata ‘kala’ dan ‘kali’. Penulis sering melihat betapa ramai pelajar yang masih ragu-ragu ketika menulis frasa tersebut, sama ada dirapatkan ataupun dijauhkan.

Tip yang ingin dikongsikan penulis ialah semua kata atau frasa yang menggunakan ‘kali’ mestilah dieja secara berasingan ataupun dijauhkan.

Manakala bagi kata yang menggunakan ‘kala’ pula, hendaklah dirapatkan supaya menjadi satu perkataan sahaja.

Lihat contoh di bawah:-

  • sering kali
  • acap kali
  • kerap kali
  • beberapa kali
  • lima kali

Lihat pula kata yang menggunakan ‘kala’:-

  • kadangkala
  • tatkala
  • sediakala
  • apakala
  • manakala
  • senjakala
  • purbakala
  • adakala

Fahamkan….?

Hari Kedua di KL…?

20 Oktober: Penulis masih banyak lagi menerima pertanyaan dan reaksi pelajar-pelajar PMR 2009 tentang jawapan BM1 walaupun peperiksaan PMR seminggu sudah berlalu. Tahniah dan terima kasih…… inilah sebenarnya tujuan penulis menulis  blog ini, …….perkongsian ilmu.

Penulis mencadangkan agar pelajar-pelajar merujuk bahan-bahan yang sebenarnya sudah sedia di dalam blog ini dengan menaipkan perkara yang ingin diketahui di ruangan ‘cari’ dan tekan butang ‘pergi’. Nanti akan terpaparlah perkara-perkara yang hendak dicari.

Sekian.

Penulis akan menghadiri mesyuarat rasmi di Kuala Lumpur bermula 19 – 23 Oktober 2009. Penulis akan berlepas pada pukul 3.00 petang (19 Oktober 2009) dengan Air Asia melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Walaupun akan berada di luar kawasan, penulis akan tetap cuba mengemaskinikan blog ini kerana kini penulis menggunakan kemudahan Celcom Broadband Mobile.

Insya-Allah, kita jumpa lagi. (09.53 pagi)

Manchester United berjaya menyingkirkan Chelsea di tangga teratas liga apabila pasukan itu tewas kepada Aston Villa 1 – 2. Manchester United pula berjaya menjinakkan Bolton Wanderers dengan jaringan 2 – 1.

Keputusan lengkap perlawanan Liga Perdana England:-

  • Arsenal  Vs  Birmingham: 2 – 1
  • Aston Villa  Vs  Chelsea: 2 – 1
  • Everton  Vs  Wolves: 1 – 1
  • Man. United  Vs  Bolton: 2 – 1
  • Portsmouth  Vs  Tottenham: 1 – 2
  • Stoke City  Vs  West Ham: 2 – 1
  • Sunderland  Vs  Liverpool: 1 – 0

1255797217

capt.photo_1255798526584-1-0

27.

I      Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat.   X

II    Masyarakat pada zaman purba suka berpindah dari satu tempat ke satu tempat.

III  Hiasan dalaman di pejabat Encik Rajen amat cantik dan menarik.

IV   Gadis ayu yang berselendang merah itu anak siapakah?   X

  • A    I dan II
  • B    II dan III    √
  • C    III dan IV
  • D    I dan IV

Komen:-

  1. Ayat I salah kerana penggunaan kata menghidangkan > menghidangi
  2. Ayat IV salah kerana penggunaan kata partikel kah di hujung ayat tanya. kah tidak boleh digunakan di hujung ayat tanya.
  • Itu kereta kamukah?   X
  • Dia sudah balikkah?   X
  • Esok cutikah?   X

Jawapan untuk soalan 27 ialah B.

35. Latar masyarakat yang tidak terdapat dalam keseluruhan cerita ini ialah …

  • A    rakyat jelata yang sentiasa hidup dalam ketakutan.
  • B    para pembesar yang sentiasa taat kepada pemerintah.  √
  • C    masyarakat yang menjalinkan hubungan dengan negara luar.
  • D    masyarakat yang mempunyai strategi peperangan yang hebat.

Setelah cikgu membaca teks asal cerita Raja Bersiung, maka jawapan yang paling tepat untuk soalan di atas ialah B dan bukannya C seperti yang dinyatakan oleh cikgu sebelum ini.

* Latar masyarakat yang TIDAK … semestinya jawapan B kerana ternyata bahawa para pembesar tidak taat kepada pemerintah iaitu Raja Bersiung yang tidak mendengar nasihat pembesar supaya menghentikan tabiat suka meminum darah manusia. Kerana itulah juga akhirnya Raja Bersiung dihalau pembesar dan permaisuri.

…. maafkan cikgu.

Selamat pulang dari PD…?

Selepas majlis penutup Mesyuarat Guru Hoki Sekolah Berasrama Penuh di Port Dickson selesai, penulis bertolak pulang bersama-sama kumpulan guru dari SMS. Machang, SMS. Pasir Puteh,  SMS. Raub dan SMS. Tengku Muhammad Faris Petra.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 12 jam itu amat meletihkan tetapi disebabkan kerana memikirkan tugas, maka semuanya hilang begitu sahaja. Ketika dalam perjalanan dengan bas SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra itu, penulis terserempak dengan beberapa kejadian kemalangan jalan raya yang mengerikan, satunya ialah yang melibatkan sebuah lori treler yang sarat dengan batu bata merempuh sebuah trak tentera setelah kerosakan brek. Kemalangan itu menyebabkan bas yang dinaiki penulis terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang boleh tahan lamanya.

Ketika melalui jalan Merapuh ke Gua Musang penulis terserempak dengan dua kemalangan yang melibatkan lori tangki minyak dan satu lagi ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke dalam parit, mungkin disebabkan faktor mengantuk.

Jam 2.00 pagi, penulis dan beberapa orang guru Faris selamat sampai di SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu dan tiba di rumah lebih kurang pukul 2.30 pagi.

…………. alhamdulillah.

Penulis kini berada di Tiara Beach Resort, Port Dickson kerana menghadiri mesyuarat seperti di atas yang bermula 12 – 15 Oktober 2009. Atas sebab itu penulis tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjawab pertanyaan daripada pelajar-pelajar. Kebetulan pada pukul 5.30 petang ini baru celcom broadband penulis dapat diaktifkan.

Insya-Allah, jika ada kesempatan penulis akan terus menjawab kemusykilan dan pertanyaan daripada pelajar-pelajar yang dikasihi.

Sekian.