Pilih pasangan ayat yang betul.

25.

  • I     Tugu Negara dibina sebagai memperingatkan jasa para pejuang.
  • II   Sisa-sisa makanan dan sampah sarap bertaburan mengotorkan jalan.
  • III  Kebanyakan pelancong terpesona akan keindahan semula jadi.
  • IV   Pemuda itu berlari sekuat-kuat hati untuk mengejar peragut itu.
  • A    I dan II
  • B    II dan III
  • C    III dan IV
  • D    I, III dan IV

Jawapan:  C

Komen:

  1. Ayat I salah kerana penggunaan kata ‘memperingatkan > memperingati
  2. Ayat II salah kerana kata ganda sisa-sisa makanan dan sampah sarap sudah membawa maksud banyak; jadi kata bertaburan sepatutnya ditukar kepada bertabur atau lihat pembetulan di bawah:-
  • Sisa-sisa makanan dan sampah sarap bertabur……
  • Sisa makanan dan sampah bertaburan…..

26.

  • I     Rakyat seharusnya berjimat ketika berbelanja di musim perayaan.
  • II   Perlawanan sepak takraw antara rumah sukan akan diadakan pada hari ini.
  • III  Banyak barang di pasar raya itu yang belum terjual kerana harganya mahal amat.
  • IV   Keluarga Amin belum pasti sama ada hendak ke pasar mini atau ke pasar raya.
  • A    I dan II
  • B    I dan IV
  • C    II dan III
  • D    II, III dan IV

Jawapan:  D

Komen:

  1. Ayat I salah kerana penggunaan kata sendi ‘di’ sepatutnya ‘pada’.

27.

  • I     Keempat-empat orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
  • II   Secara kebetulan, kami ada di situ masa kemalangan itu berlaku.
  • III  Didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak kecil lagi adalah penting.
  • IV   Perkara itu telah dijelaskan dengan panjang lebar dalam mesyuarat tersebut.
  • A    I dan II
  • B    II dan IV
  • C    I, II dan III
  • D    I, III dan IV

Jawapan:  D

Komen:

  1. Ayat II salah kerana tiada kata sendi ‘pada’ sebelum ‘masa’.