Archive for Oktober 5, 2009


Pada kesempatan kali ini, penulis ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan PMR 2009 kepada semua pelajar semoga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam semua subjek.

Penulis juga tidak lupa untuk mengucapkan selamat menjawab soalan Kertas BM I dan BM II iaitu pada hari Rabu (7 Oktober 2009). Penulis mengharapkan semua pelajar berhati-hati ketika menjawab setiap soalan.

Bagi penulis, tajuk-tajuk (untuk BM I) seperti yang disenaraikan di bawah sering menjadi pilihan penggubal soalan. Semua pelajar dinasihatkan agar menelaah tajuk-tajuk di bawah dengan bersungguh-sungguh. Antara tajuk tersebut ialah:-

  • kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif
  • kata adjektif dan kata penguat
  • kata nama dan kata sendi nama
  • kata kerja pasif dan ayat pasif
  • kata ganda dan kata majmuk
  • imbuhan
  • kata pemeri
  • kata bilangan

    Pendahuluan:

    AR: Amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat kita terutamanya di kampung-kampung amatlah diutamakan.

    AR: Walaupun begitu, amalan yang diwarisi sejak zaman berzaman ini semakin dipinggirkan oleh masyarakat hari ini terutamanya oleh masyarakat yang mendiami kota-kota besar.

    AA: Pelbagai manfaat yang akan diperoleh masyarakat apabila menjadikan gotong-royong sebagai amalan dalam kehidupan mereka.

    Perenggan Isi:

    Antara manfaat gotong-royong kepada masyarakat ialah:-

    1. menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan } menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga
    2. mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat } saling bekerjasama, percaya-mempercayai
    3. merapatkan jurang perbezaan dalam masyarakat, contohnya antara golongan kaya dengan yang miskin, golongan pegawai dengan buruh kasar dan lain-lain
    4. mewujudkan keadaan yang harmoni dan selamat di sesebuah kawasan kejiranan
    5. membantu mencegah kejadian jenayah di sesebuah kawasan petempatan
    6. mendidik generasi muda tentang kepentingan gotong-royong dan kenapa perlu dikekalkan
    7. membentuk peribadi dan yang luhur dalam kalangan masyarakat

    Antara UBI / peribahasa yang sesuai digunakan:-

    • bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
    • bagai aur dengan tebing
    • berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    • melentur buluh biarlah dari rebungnya
    • bersatu teguh, bercerai roboh
    • hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah

    Peribahasa

    28. Keakraban Minna dengan Suraya ……………….. kerana hubungan mereka terlalu rapat dan sentiasa bersama-sama.

    • A    bagai aur dengan tebing
    • B    bagai isi dengan kuku
    • C    bagai bulan dipagari bintang
    • D    bagai cincin dengan permata

    Jawapan:  B

    Komen:

    1. Peribahasa A bermaksud saling membantu.
    2. Peribahasa C bermaksud gadis yang cantik
    3. Peribahasa D bermaksud secocok atau sesuai.

    29. Alah membeli menang memakai bermaksud…..

    • A    sesuatu barang yang mahal yang dibeli sudah tentu berkualiti
    • B    sesuatu pekerjaan yang susah menjadi mudah jika sering dilakukan
    • C    sesuatu barang yang sukar diperoleh tetapi ramai yang mahu
    • D    sesuatu barang yang sesuai dipakai jika harganya berpatutan

    Jawapan:  A

    Komen:

    1. Peribahasa di atas itu juga bermaksud tak apalah harganya mahal sedikit, asalkan bermutu dan tahan lama.