Archive for Oktober 6, 2009


Kata bilangan…?

Penggunaan kata bilangan amat meluas dan kerap pula ditanyakan dalam peperiksaan. Kata bilangan terbahagi kepada 6 jenis:-

  • kata bilangan tentu { satu, dua, sepuluh, dua ribu dan lain-lain }
  • kata bilangan tak tentu { semua, para, kebanyakan, beberapa, sesetengah ….  }
  • kata bilangan himpunan { kedua-dua, beratus-ratus, berabad-abad .. }
  • kata bilangan pisahan { tiap-tiap, setiap, masing-masing }
  • kata bilangan tingkat { kedua, keempat, kesepuluh … }
  • kata bilangan pecahan { setengah, separuh,….. }

Contoh penggunaan kata bilangan yang SALAH dan pembetulannya:-

  • lima rumah terbakar  > lima buah rumah terbakar
  • lima buah rumah-rumah  > lima buah rumah
  • setengah pelajar  > sesetengah pelajar / setengah-setengah pelajar
  • sesetengah orang pelajar  > sesetengah pelajar
  • beberapa murid  > beberapa orang murid
  • kebanyakan para pelajar  > kebanyakan pelajar / para pelajar
  • setiap buah kereta  > setiap kereta
  • tiap hari  > tiap-tiap hari / setiap hari
  • kedua orang menteri  > kedua-dua orang menteri
  • berabad lamanya  > berabad-abad lamanya
  • bertahun saya menunggu  > bertahun-tahun saya menunggu
  • berjuta ringgit  > berjuta-juta ringgit
  • dia anak ke dua  > dia anak kedua
  • setengah dari kuih  > setengah daripada kuih
  • para perompak  > semua perompak

2. Ketua darjah itu menampalkan jadual ujian ………….. papan kenyataan kelas.

  • A   di
  • B    pada
  • C    atas
  • D    ke

Jawapan:  B

5. Dalam keadaan yang …………. itu, agak sukar bagi saya mengecamkan suara adik.

  • A    riuh
  • B    kalut
  • C    bingit
  • D    kacau

Jawapan:  A

Komen:

  1. Maksud riuh ialah bunyi bising (suara)
  2. Maksud kalut ialah tidak teratur, kacau, kusut
  3. Maksud bingit ialah menjadi pekak kerana bunyi bising, tidak selesa (telinga)
  4. Maksud kacau ialah tidak tersusun, tidak tenteram