Penggunaan kata bilangan amat meluas dan kerap pula ditanyakan dalam peperiksaan. Kata bilangan terbahagi kepada 6 jenis:-

  • kata bilangan tentu { satu, dua, sepuluh, dua ribu dan lain-lain }
  • kata bilangan tak tentu { semua, para, kebanyakan, beberapa, sesetengah ….  }
  • kata bilangan himpunan { kedua-dua, beratus-ratus, berabad-abad .. }
  • kata bilangan pisahan { tiap-tiap, setiap, masing-masing }
  • kata bilangan tingkat { kedua, keempat, kesepuluh … }
  • kata bilangan pecahan { setengah, separuh,….. }

Contoh penggunaan kata bilangan yang SALAH dan pembetulannya:-

  • lima rumah terbakar  > lima buah rumah terbakar
  • lima buah rumah-rumah  > lima buah rumah
  • setengah pelajar  > sesetengah pelajar / setengah-setengah pelajar
  • sesetengah orang pelajar  > sesetengah pelajar
  • beberapa murid  > beberapa orang murid
  • kebanyakan para pelajar  > kebanyakan pelajar / para pelajar
  • setiap buah kereta  > setiap kereta
  • tiap hari  > tiap-tiap hari / setiap hari
  • kedua orang menteri  > kedua-dua orang menteri
  • berabad lamanya  > berabad-abad lamanya
  • bertahun saya menunggu  > bertahun-tahun saya menunggu
  • berjuta ringgit  > berjuta-juta ringgit
  • dia anak ke dua  > dia anak kedua
  • setengah dari kuih  > setengah daripada kuih
  • para perompak  > semua perompak
Advertisements