Alhamdulillah, pada tahun ini kertas soalan BM 1 dan 2 agak mudah atau di tahap sederhana sahaja darjah kesukarannya. Penulis rasa ramai calon yang gembira dengan keadaan ini. Walau bagaimanapun sebagai calon yang cemerlang, setiap soalan akan dijawab dengan berhati-hati dan amat sempurna.

Analisis Kertas Soalan BM 2 PMR 2009

Bahagian A(i): Ringkasan

Pendahuluan: Pelbagai tujuan pemberian kerja rumah oleh guru-guru kepada para pelajar.

Isi-isi: (Tujuan-tujuan)

  1. memupuk unsur pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar.
  2. menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas.
  3. memberikan peluang ibu bapa atau ahli keluarga bersama-sama anak semasa mereka belajar.
  4. memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara yang dipelajari anak mereka di sekolah.
  5. merupakan satu daripada usaha mendorong kejayaan pelajar sentiasa belajar dan membuat latihan.
  6. mendorong pelajar untuk menumpukan perhatian pelajar kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  7. membantu pelajar meneroka perkara baru daripada sumber maklumat yang tiada di bilik darjah.
  8. membantu pelajar mengisikan masa lapang di rumah dengan aktiviti yang berfaedah.

Bahagian A(ii): Pemahaman

Soalan 1: Berikan maksud masa senggang.

Jawapan cadangan:

  • Maksud frasa tersebut ialah waktu yang terluang atau waktu rehat.

Soalan 2: Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid.

Jawapan cadangan:

  • Antara pandangan sesetengah pihak yang kurang setuju tentang pemberian kerja rumah kepada pelajar ialah mereka menganggap akan menghabiskan masa ibu bapa yang banyak untuk ¬†membimbing anak-anak dan merompak masa anak-anak untuk berkembang dari segi jasmani.

Soalan 3: Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha lain yang boleh dilakukan murid untuk berjaya dalam peperiksaan?

Jawapan cadangan:

  • Antara usaha lain yang boleh dilakukan murid untuk berjaya dalam peperiksaan adalah dengan rajin menelaah buku pelajaran, menghadiri kelas tuisyen, pembelajaran secara kumpulan dan yang paling penting adalah dengan memberikan tumpuan semasa guru mengajar.

    Advertisements