Drama ini mengisahkan seorang pegawai Melayu yang berkhidmat dengan kerajaan Inggeris ketika negara di bawah penjajahan Inggeris iaitu ketika sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua. Pegawai tersebut telah mengadakan lawatan ke sebuah kampung untuk menangkap orang kampung yang menentang kerajaan dengan menuntut kemerdekaan.

  • Pada mulanya pegawai itu menasihatkan orang kampung agar tidak menuntut kemerdekaan kerana Inggeris telah banyak menyediakan kemudahan untuk mereka.
  • Pegawai itu juga mempersendakan penduduk kampung yang mahu menuntut kemerdekaan tetapi tidak cukup ilmu untuk memajukan negara sekiranya merdeka.
  • Terdapat juga segelintir orang kampung yang mengampu pegawai itu dengan menyokong Inggeris sementara sebilangan lagi tetap mahu merdeka.
  • Selepas Perang Dunia Kedua, Inggeris kembali berkuasa semula sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.
  • Pegawai tersebut melawat kampung itu semula dan kedatangannya tidak disambut oleh orang kampung.
  • Dia menuduh orang kampung ingin menentang kerajaan.
  • Penduduk kampung menyindir Pegawai dan kesannya telah menyedarkannya bahawa antara pemerintah dengan rakyat mestilah ada kerjasama.
  • Dia juga sedar bahawa di belakangnya ialah rakyat yang telah mengangkatnya sebelum ini.
Advertisements