Maksud Seloka:-

  • Pak Kaduk bernasib malang kerana ayam sabungnya menang tetapi kampungnya tergadai kerana sebelum pertandingan dia bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam raja.
  • Pak Kaduk kelaparan kerana mencurah nasi yang ada. Dia membuat keputusan yang bodoh iaitu dengan mudik ketika air sedang surut dan menghilir ketika air sedang pasang. Dia hampir mati kerana tidak makan kerana membunuh isterinya (kerana sikap panas baran)
  • Malang sekali lagi menimpa Pak Kaduk apabila sedang belayar kematian angin dan apabila hendak berlabuh, angin mula bertiup.
  • Akhirnya dia merempat di tempat orang walaupun mempunyai rumah.

Tema:-

  • Nasib malang dan faktor bodoh menyebabkan Pak Kaduk sering menghadapi kesulitan dan kerugian yang bertimpa-timpa.

Persoalan:-

  • Segelintir golongan pemimpin / atasan yang sanggup mengambil kesempatan terhadap rakyat yang lemah dan bodoh.
  • Manusia akan sentiasa mendapat kerugian jika suka bertindak tanpa menggunakan akal yang waras.
  • Kesan buruk perbuatan suka berjudi.
  • Manusia sanggup bertindak kejam kerana dipengaruhi perasaan marah.
  • Sikap tamak membawa padah.