Archive for Oktober 10, 2009


Penulis tidak menduga begitu ramai / banyak yang memberikan reaksi terhadap jawapan yang diberikan. Terdapat banyak juga pelajar yang menghubungi penulis untuk bertanyakan sebab dan alasan dan tidak kurang juga ada yang memberikan jawapan sendiri.

Pada sesetengah soalan dan permasalahan, penulis tidak dapat memberikan maklum balas segera kerana kertas soalan tersebut tertinggal di sekolah. Penulis berjanji akan menjawab pertanyaan dan komen yang diajukan pelajar secepat mungkin setelah persekolahan diteruskan pada hari Ahad nanti.

Penulis ingin menasihati para pelajar supaya memberikan tumpuan yang lebih kepada kertas-kertas peperiksaan yang akan dihadapi seperti Matematik, Sejarah dan juga KH.

Kita jumpa lagi selepas ini.

Khazim.... Utusan Malaysia

Khazim.... Utusan Malaysia

Tema:-

  • Pengalaman seorang pensyair yang menjadikan kisah orang lain sebagai sumber ilham untuk berkarya.

Persoalan:-

  • Kehidupan manusia dipenuhi oleh pelbagai keadaan seperti suka, sedih, takut dan sebagainya.
  • Pensyair biasanya mendapat bahan tulisannya melalui pengamatannya terhadap kehidupan manusia yang ditemuinya.
  • Pengalaman banyak mempengaruhi sikap dan tindakan seseorang.
  • Ketelitian dalam berkarya.
  • Kehidupan seorang penulis.

Nilai:-

  • Bersimpati > Pensyair bersimpati terhadap kesusahan masyarakat yang ditemuinya.
  • Berhati-hati > Pensyair sentiasa berhati-hati dalam memilih cerita dan pengalaman orang untuk dijadikan sumber ilham.
  • Bantu-membantu > Pensyair membantu golongan bawahan dengan menyalurkan masalah mereka untuk tatapan masyarakat.

Pengajaran:-

  • Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang hidup dalam kedaifan > Pensyair mendengar masalah mereka dan menyalurkannya untuk tatapan umum.
  • Manusia mestilah berhati-hati dalam segala tindakan agar tidak mendatangkan sebarang masalah > Pensyair amat berhati-hati memilih bahan untuk dijadikan karya agar tidak tersalah pilih dan menyusahkan diri sendiri serta menjamin mutu karya yang dihasilkan.
  • Kita perlu saling membantu > Pensyair membantu golongan bawahan dengan menjadi wakil menyalurkan masalah mereka melalui karyanya.