Archive for Oktober 11, 2009


BM 1 SPM: Soalan 2005…?

Bahagian A:

(Masa: 45 minit; markah: 30)

  • Lihat gambar di bawah dengan teliti (tidak disertakan). Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani vandalisme. Panjang huraian hendaklah antara 200 – 250 patah kata.

Bahagian B:

(Masa: 1 jam 30 minit; markah 100)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah kata.

  • 1.     Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Ulaskan pernyataan di atas.
  • 2.      Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
  • 3.     Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.
  • 4.     Pada masa ini persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
  • 5.     “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat. Berdasarkan maksud peribahasa itu, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.

20. Murid itu bukan sombong bahkan pemalu kerana baru berpindah ke sini dan belum ramai kawan.

  • A    tidak sombong tetapi pemalu
  • B    tidak sombong bahkan pemalu
  • C    bukan sombong tetapi pemalu   √
  • D    bukan sombong bahkan pemalu

Jawapan penulis untuk soalan ini pada mulanya ialah A. Hal ini demikian kerana penulis berpegang kepada formula iaitu kata nafi ‘bukan’ tidak boleh digunakan untuk menafikan kata adjektif. Tetapi setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan  muka surat 249 – 250, kata nafi ‘bukan’ sebenarnya juga boleh digunakan di depan kata kerja dan kata adjektif jika kedua-dua frasa itu mendukung maksud pertentangan, misalnya:-

  1. Murid itu bukan sahaja bijak, tetapi juga rajin.
  2. Dia bukan hendak makan, tetapi hendak berehat sahaja.

Jadi jawapan yang paling sesuai untuk soalan 20 ialah C.