20. Murid itu bukan sombong bahkan pemalu kerana baru berpindah ke sini dan belum ramai kawan.

  • A    tidak sombong tetapi pemalu
  • B    tidak sombong bahkan pemalu
  • C    bukan sombong tetapi pemalu   √
  • D    bukan sombong bahkan pemalu

Jawapan penulis untuk soalan ini pada mulanya ialah A. Hal ini demikian kerana penulis berpegang kepada formula iaitu kata nafi ‘bukan’ tidak boleh digunakan untuk menafikan kata adjektif. Tetapi setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan  muka surat 249 – 250, kata nafi ‘bukan’ sebenarnya juga boleh digunakan di depan kata kerja dan kata adjektif jika kedua-dua frasa itu mendukung maksud pertentangan, misalnya:-

  1. Murid itu bukan sahaja bijak, tetapi juga rajin.
  2. Dia bukan hendak makan, tetapi hendak berehat sahaja.

Jadi jawapan yang paling sesuai untuk soalan 20 ialah C.

Advertisements