Selepas majlis penutup Mesyuarat Guru Hoki Sekolah Berasrama Penuh di Port Dickson selesai, penulis bertolak pulang bersama-sama kumpulan guru dari SMS. Machang, SMS. Pasir Puteh,  SMS. Raub dan SMS. Tengku Muhammad Faris Petra.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 12 jam itu amat meletihkan tetapi disebabkan kerana memikirkan tugas, maka semuanya hilang begitu sahaja. Ketika dalam perjalanan dengan bas SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra itu, penulis terserempak dengan beberapa kejadian kemalangan jalan raya yang mengerikan, satunya ialah yang melibatkan sebuah lori treler yang sarat dengan batu bata merempuh sebuah trak tentera setelah kerosakan brek. Kemalangan itu menyebabkan bas yang dinaiki penulis terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang boleh tahan lamanya.

Ketika melalui jalan Merapuh ke Gua Musang penulis terserempak dengan dua kemalangan yang melibatkan lori tangki minyak dan satu lagi ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke dalam parit, mungkin disebabkan faktor mengantuk.

Jam 2.00 pagi, penulis dan beberapa orang guru Faris selamat sampai di SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu dan tiba di rumah lebih kurang pukul 2.30 pagi.

…………. alhamdulillah.

Advertisements