Archive for Oktober 19, 2009


Hari Kedua di KL…?

20 Oktober: Penulis masih banyak lagi menerima pertanyaan dan reaksi pelajar-pelajar PMR 2009 tentang jawapan BM1 walaupun peperiksaan PMR seminggu sudah berlalu. Tahniah dan terima kasih…… inilah sebenarnya tujuan penulis menulis ┬áblog ini, …….perkongsian ilmu.

Penulis mencadangkan agar pelajar-pelajar merujuk bahan-bahan yang sebenarnya sudah sedia di dalam blog ini dengan menaipkan perkara yang ingin diketahui di ruangan ‘cari’ dan tekan butang ‘pergi’. Nanti akan terpaparlah perkara-perkara yang hendak dicari.

Sekian.

Penulis akan menghadiri mesyuarat rasmi di Kuala Lumpur bermula 19 – 23 Oktober 2009. Penulis akan berlepas pada pukul 3.00 petang (19 Oktober 2009) dengan Air Asia melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Walaupun akan berada di luar kawasan, penulis akan tetap cuba mengemaskinikan blog ini kerana kini penulis menggunakan kemudahan Celcom Broadband Mobile.

Insya-Allah, kita jumpa lagi. (09.53 pagi)