Penulis mahu memberikan satu tip mudah bagaimana menentukan sama ada ejaan frasa atau kata yang menggunakan kata ‘kala’ dan ‘kali’. Penulis sering melihat betapa ramai pelajar yang masih ragu-ragu ketika menulis frasa tersebut, sama ada dirapatkan ataupun dijauhkan.

Tip yang ingin dikongsikan penulis ialah semua kata atau frasa yang menggunakan ‘kali’ mestilah dieja secara berasingan ataupun dijauhkan.

Manakala bagi kata yang menggunakan ‘kala’ pula, hendaklah dirapatkan supaya menjadi satu perkataan sahaja.

Lihat contoh di bawah:-

  • sering kali
  • acap kali
  • kerap kali
  • beberapa kali
  • lima kali

Lihat pula kata yang menggunakan ‘kala’:-

  • kadangkala
  • tatkala
  • sediakala
  • apakala
  • manakala
  • senjakala
  • purbakala
  • adakala

Fahamkan….?

Advertisements