Archive for Oktober, 2009


Soalan PMR: 2005…?

2. Ketua darjah itu menampalkan jadual ujian ………….. papan kenyataan kelas.

  • A   di
  • B    pada
  • C    atas
  • D    ke

Jawapan:  B

5. Dalam keadaan yang …………. itu, agak sukar bagi saya mengecamkan suara adik.

  • A    riuh
  • B    kalut
  • C    bingit
  • D    kacau

Jawapan:  A

Komen:

  1. Maksud riuh ialah bunyi bising (suara)
  2. Maksud kalut ialah tidak teratur, kacau, kusut
  3. Maksud bingit ialah menjadi pekak kerana bunyi bising, tidak selesa (telinga)
  4. Maksud kacau ialah tidak tersusun, tidak tenteram

Pada kesempatan kali ini, penulis ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan PMR 2009 kepada semua pelajar semoga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam semua subjek.

Penulis juga tidak lupa untuk mengucapkan selamat menjawab soalan Kertas BM I dan BM II iaitu pada hari Rabu (7 Oktober 2009). Penulis mengharapkan semua pelajar berhati-hati ketika menjawab setiap soalan.

Bagi penulis, tajuk-tajuk (untuk BM I) seperti yang disenaraikan di bawah sering menjadi pilihan penggubal soalan. Semua pelajar dinasihatkan agar menelaah tajuk-tajuk di bawah dengan bersungguh-sungguh. Antara tajuk tersebut ialah:-

  • kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif
  • kata adjektif dan kata penguat
  • kata nama dan kata sendi nama
  • kata kerja pasif dan ayat pasif
  • kata ganda dan kata majmuk
  • imbuhan
  • kata pemeri
  • kata bilangan

    Pendahuluan:

    AR: Amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat kita terutamanya di kampung-kampung amatlah diutamakan.

    AR: Walaupun begitu, amalan yang diwarisi sejak zaman berzaman ini semakin dipinggirkan oleh masyarakat hari ini terutamanya oleh masyarakat yang mendiami kota-kota besar.

    AA: Pelbagai manfaat yang akan diperoleh masyarakat apabila menjadikan gotong-royong sebagai amalan dalam kehidupan mereka.

    Perenggan Isi:

    Antara manfaat gotong-royong kepada masyarakat ialah:-

    1. menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan } menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga
    2. mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat } saling bekerjasama, percaya-mempercayai
    3. merapatkan jurang perbezaan dalam masyarakat, contohnya antara golongan kaya dengan yang miskin, golongan pegawai dengan buruh kasar dan lain-lain
    4. mewujudkan keadaan yang harmoni dan selamat di sesebuah kawasan kejiranan
    5. membantu mencegah kejadian jenayah di sesebuah kawasan petempatan
    6. mendidik generasi muda tentang kepentingan gotong-royong dan kenapa perlu dikekalkan
    7. membentuk peribadi dan yang luhur dalam kalangan masyarakat

    Antara UBI / peribahasa yang sesuai digunakan:-

    • bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
    • bagai aur dengan tebing
    • berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    • melentur buluh biarlah dari rebungnya
    • bersatu teguh, bercerai roboh
    • hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah

    Peribahasa

    28. Keakraban Minna dengan Suraya ……………….. kerana hubungan mereka terlalu rapat dan sentiasa bersama-sama.

    • A    bagai aur dengan tebing
    • B    bagai isi dengan kuku
    • C    bagai bulan dipagari bintang
    • D    bagai cincin dengan permata

    Jawapan:  B

    Komen:

    1. Peribahasa A bermaksud saling membantu.
    2. Peribahasa C bermaksud gadis yang cantik
    3. Peribahasa D bermaksud secocok atau sesuai.

    29. Alah membeli menang memakai bermaksud…..

    • A    sesuatu barang yang mahal yang dibeli sudah tentu berkualiti
    • B    sesuatu pekerjaan yang susah menjadi mudah jika sering dilakukan
    • C    sesuatu barang yang sukar diperoleh tetapi ramai yang mahu
    • D    sesuatu barang yang sesuai dipakai jika harganya berpatutan

    Jawapan:  A

    Komen:

    1. Peribahasa di atas itu juga bermaksud tak apalah harganya mahal sedikit, asalkan bermutu dan tahan lama.

    Nasib Bahasa Melayu…?

    Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia berlangsung di Johor Bahru baru-baru ini mengeluarkan usul mendesak kerajaan memberikan kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memartabatkan bahasa Melayu. Penulis rasa usul seperti ini sudah beberapa kali didendangkan, cuma lagunya sahaja tidak muncul-muncul. Setakat hari ini, belum ada apa-apa tindakan susulan daripada pihak kerajaan.

    Selagi DBP belum ada kuasa tersebut, maka sepanjang masalah, kita akan dipersembahkan dengan pencabulan dan penodaan terhadap martabat bahasa Melayu oleh manusia-manusia yang lupa diri dan lupa akan asal usul.

    Antara cabaran yang terpaksa ditempuh oleh pencinta bahasa Melayu kini ialah:-

    • Gejala pencemaran dan penyalahgunaan bahasa semakin berleluasa terutamanya pada papan-papan tanda dan paparan iklan premis perniagaan;
    • Penggunaan bahasa rojak secara keterlaluan di kaca-kaca televisyen dan siaran radio;
    • Syarikat swasta malah syarikat milik kerajaan juga tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam setiap urusan;
    • Sebarang info walaupun berkaitan dengan kepentingan negara semakin kurang menggunakan bahasa Melayu;
    • Pemimpin-peminpin negara, korporat dan ketua-ketua jabatan kerajaan semakin petah dan angkuh menggunakan bahasa Inggeris ketika berucap dan berkomunikasi;
    • Generasi muda semakin galak menggunakan bahasa rojak dengan istilah-istilah yang langsung tidak melambangkan jati diri bangsa Melayu;

    Kepada siapakah yang hendak dipertanggungjawabkan untuk memartabatkan bahasa Melayu?

    Kepada siapakah hendak ditugaskan untuk menegur Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin lain yang sewenang-wenangnya mencabul kedaulatan bahasa Melayu?

    Sesungguhnya terlalu banyak yang perlu dilakukan bagi memartabatkan bahasa Melayu di tanah air sendiri, belum lagi dikira berapa banyak usaha dan pengorbanan yang terpaksa kita lakukan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa dunia.

    Penulis pening kepala melihat bangsa kita. Cakap tak serupa bikin!

    Pilih pasangan ayat yang betul.

    25.

    • I     Tugu Negara dibina sebagai memperingatkan jasa para pejuang.
    • II   Sisa-sisa makanan dan sampah sarap bertaburan mengotorkan jalan.
    • III  Kebanyakan pelancong terpesona akan keindahan semula jadi.
    • IV   Pemuda itu berlari sekuat-kuat hati untuk mengejar peragut itu.
    • A    I dan II
    • B    II dan III
    • C    III dan IV
    • D    I, III dan IV

    Jawapan:  C

    Komen:

    1. Ayat I salah kerana penggunaan kata ‘memperingatkan > memperingati
    2. Ayat II salah kerana kata ganda sisa-sisa makanan dan sampah sarap sudah membawa maksud banyak; jadi kata bertaburan sepatutnya ditukar kepada bertabur atau lihat pembetulan di bawah:-
    • Sisa-sisa makanan dan sampah sarap bertabur……
    • Sisa makanan dan sampah bertaburan…..

    26.

    • I     Rakyat seharusnya berjimat ketika berbelanja di musim perayaan.
    • II   Perlawanan sepak takraw antara rumah sukan akan diadakan pada hari ini.
    • III  Banyak barang di pasar raya itu yang belum terjual kerana harganya mahal amat.
    • IV   Keluarga Amin belum pasti sama ada hendak ke pasar mini atau ke pasar raya.
    • A    I dan II
    • B    I dan IV
    • C    II dan III
    • D    II, III dan IV

    Jawapan:  D

    Komen:

    1. Ayat I salah kerana penggunaan kata sendi ‘di’ sepatutnya ‘pada’.

    27.

    • I     Keempat-empat orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
    • II   Secara kebetulan, kami ada di situ masa kemalangan itu berlaku.
    • III  Didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak kecil lagi adalah penting.
    • IV   Perkara itu telah dijelaskan dengan panjang lebar dalam mesyuarat tersebut.
    • A    I dan II
    • B    II dan IV
    • C    I, II dan III
    • D    I, III dan IV

    Jawapan:  D

    Komen:

    1. Ayat II salah kerana tiada kata sendi ‘pada’ sebelum ‘masa’.

    Penggunaan kk & k …?

    Penulis banyak menerima pertanyaan tentang penggunaan ‘kk’ dan ‘k’ dalam sistem ejaan. Penulis tidak bermaksud untuk menjawab soalan berkaitan Dato’ K! Sebenarnya penggunaan ‘kk’ dan ‘k’ ini mudah apabila para pelajar rajin membuat penelitian.

    • Penggunaan ‘kk’ sebenarnya khusus untuk kata kerja, contohnya:-
    1. meletakkan, mendudukkan, menidakkan, menompokkan, memasakkan,
    • Penggunaan ‘k’ pula biasanya khusus untuk kata nama, contohnya:-
    1. peletakan, pendudukan, tindakan, tompokan, masakan, penaklukan,

    JADI ‘kk’ digunakan untuk mengejakan kata kerja manakala ‘k’ pula khusus untuk mengejakan kata nama.

    Maklumat peperiksaan awam tahun 2009:-

    • UPSR : Bil. calon seramai 517,922 orang
    • PMR   : Bil. calon seramai 474,029 orang
    • STAM : Bil. calon seramai 6, 912 orang
    • SPM   : Bil. calon seramai 430,149 orang
    • STPM : Bil. calon seramai 55,427 orang
    • JUMLAH KESELURUHAN CALON = 1,484,439 orang.

    Khazim... Utusan Malaysia

    Khazim... Utusan Malaysia

    18. Kepetahan pendebat dalam pertandingan Debat Sekolah-sekolah ASEAN amat hebat sekali.

    • A   tersangat hebat sekali
    • B    tersangat hebat sungguh
    • C    begitu hebat sekali
    • D   amat hebat sekali

    Jawapan: D

    19. Perarakan Hari Kemerdekaan disertai oleh pelajar dari beberapa buah sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

    • A    daripada beberapa buah sekolah
    • B     daripada beberapa sekolah
    • C     dari beberapa buah sekolah
    • D     dari beberapa buah sekolah-sekolah

    Jawapan: C

    21. Jasa para guru yang mendidik kami selama ini akan dikenang oleh kami sepanjang hayat.

    • A     kami akan kenang
    • B     kami akan mengenang
    • C     akan kami kenang
    • D     akan dikenang oleh kami

    Jawapan: C