Archive for November, 2009


HIV: Apakah jadahnya…?

HIV mula dikesan di negara ini pada tahun 1986. Sehingga 30 Jun 2009 sebanyak 86,127 kes jangkitan HIV telah dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan. Daripada jumlah itu 14,955 pesakit telah menghidap AIDS dan 11,549 kematian akibat AIDS telah direkodkan.

Daripada kes jangkitan HIV yang dicatatkan itu telah dianalisis kaedah penyebarannya dan cuba perhatikan keputusan analisis di bawah:-

KAEDAH PENYEBARAN HIV JUMLAH KES PERATUSAN
Homoseksual / biseksual

1,630

1.8%

Jarum suntikan dadah

61,123

70.9%

Heteroseksual

14,410

16.8%

Pemindahan darah

33

0.03%

Ibu kepada anak

772

0.9%

Tidak diketahui

8,159

9.5%

JUMLAH

86,127

99.93%

Sumber daripada Mingguan Malaysia, 29 Nov.2009.

  • Penulis hanya menyampaikan…?

Kata…?

Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna tertentu. Kata boleh  dibahagikan kepada:-

  • Kata Tunggal
  1. Hanya terdiri daripada hanya satu kata dasar iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.
  • Kata Terbitan
  1. Terdiri daripada kata dasar yang menjalani proses pengimbuhan seperti raja + ke-an > kerajaan (kata terbitan).
  • Kata Majmuk
  1. Bentuk kata yang terbentuk apabila dua kata dasar atau lebih menjadi satu kesatuan yang membawa makna tertentu.
  2. Antara contoh kata majmuk ialah kereta + api > kereta api: kereta = sejenis kenderaan beroda, api = sejenis bahan bakar yang panas sifatnya, tetapi apabila dimajmukkan akan membawa maksud yang lain.
  • Kata Ganda
  1. Bentuk kata yang terhasil dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar  sama ada secara keseluruhan, sebahagian atau lain-lain.
  2. Antara jenis kata ganda ialah:
  • Kata ganda penuh ( kanak-kanak, api-api, bola-bola )
  • Kata ganda separa ( lelaki, jejantas, kekabu )
  • Kata ganda berirama ( kuih-muih, lauk-pauk, kayu-kayan )
  • Kata ganda menyaling ( tolong-menolong, tarik-menarik )

Kata ganda memang penting dan popular dalam ilmu bahasa Melayu. Di samping bertujuan untuk menunjukkan maksud  banyak, juga boleh bertindak sebagai penunjuk darjah penghabisan dan lain-lain.

Contoh kata ganda ialah seperti:-

  • gunung-ganang > maksud banyak
  • kuih-muih > maksud banyak
  • buih-buih > maksud banyak
  • anai-anai > maksud tunggal
  • sayur-mayur > maksud kepelbagaian jenis
  • apa-apa > maksud penanda tak tentu

Bagi dialek Kelantan, terdapat golongan kata yang nampak seperti kata ganda, tetapi sebenarnya tergolong dalam kata atau frasa penguat; tapi bunyi sebutannya seakan-akan kata ganda dalam bahasa Melayu.

Penutur dialek Kelantan menggunakan kata penguat tersendiri dalam usaha menjelaskan darjah penghabisannya. Hal ini menjadikan dialek Kelantan memiliki keunikannya yang tersendiri. Lihat contoh di bawah:-

  • pahit le-pe  >  sangat pahit /pahit sungguh
  • manis le-ting  >  masih sangat / manis amat
  • busuk banga  >  sangat busuk / terlalu busuk
  • belok beleka  > sangat bengkok / banyak bengkok
  • lapar kedarah  > lapar sangat
  • geger riuh > amat bising
  • keras kerejong  > sangat keras
  • kuca lembe  > amat bercelaru / tidak teratur
  • belana kokna  > sangat banyak
  • merah nyela  > sangat merah
  • tawar hebe  > sangat tawar
  • bulat gete  > amat bulat / amat gemuk
  • kuning nehe  > kuning sangat
  • jahat do-oh  >  amat jahat
  • molek do-oh  > sangat baik / amat cantik / terlalu comel

Jika bagi masyarakat Melayu Sarawak, penggunaan kata penguatnya agak mudah dikesan dan biasanya tidak pelbagai. Dalam masyarakat Melayu Sarawak, penggunaan kata ‘gilak’ sebenarnya berfungsi sebagai pembawa darjah penghabisan atau maksud penguat. Lihat contoh di bawah:-

  • kacak gilak  >  cantik sangat / sangat baik paras rupa
  • jahit gilak  >  sangat jahat / sangat buruk
  • manis gilak  > amat manis
  • baik gilak  > sangat baik
  • besar gilak  > sangat besar

Contoh penggunaan dalam ayat:-

  1. Yarabi, kacak gilak sidak kawannya. ( Yarabi, cantik amat kawannya itu.)
  2. Besar gilak rumah kitak. ( Besar sungguh rumah awak.)
  3. Budak itu jahit gilak. (Budak itu sangat jahat.)

Auuuk …bah.

    Pada 27 November 2009, semua umat Islam menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji dengan penuh rasa syukur terhadap Ilahi.

    Kepada seluruh umat Islam khususnya pengunjung setia blog ini,  penulis mengucapkan selamat hari raya dan selamat melakukan ibadat korban semoga sentiasa mendapat keberkatan dalam apa jua yang dilaksanakan.

    Allah Maha Besar.

    Pesta Hoki USM-Penang International 2009 akan berlangsung pada 11 – 13 Disember 2009 bertempat di padang hoki Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Seperti biasa pasukan dari SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan menghantarkan pasukan untuk menyertai pesta hoki tersebut. Pada tahun ini, SM. Tengku Muhammad Faris Petra telah mendaftarkan 4 buah pasukan iaitu Faris Petra Red (JB), Faris Petra Yellow (JW), Faris Petra Green (JM) dan Faris Petra Blue (JM). Seramai 33 orang pemain terlibat dalam kejohanan tersebut.

    Diharapkan pada tahun 2009 ini, pasukan SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra dapat mengulangi kejayaan manis pada tahun-tahun sebelumnya seperti pada era akhir 90-an. Pasukan kami pernah menjuarai kategori bawah 15 tahun lelaki dan kategori bawah 18 lelaki dan mungkin akan berulang lagi pada tahun ini?

    Insya-Allah.

    Cikgu Azemi jurulatih hoki...?

     

     

    Soalan 3:-

    Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran? (4m)

    Jawapan: (hanya usaha yang dilakukan oleh murid)

    • Usaha yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk berjaya dalam pelajaran ialah:-
    1. bertanyakan guru   > 2 markah
    2. mengulang kaji pelajaran   > 2 markah
    3. belajar / berbincang dalam kumpulan   > 2 markah
    4. mengunjungi perpustakaan   > 2 markah
    5. membeli buku rujukan   > 2 markah
    6. menghadiri kelas tuisyen   > 2 markah
    7. menyertai kem motivasi   > 2 markah
    8. menumpukan perhatian ketika guru mengajar   > 2 markah
    9. menghadiri seminar menjawab soalan   > 2 markah
    10. berdoa kepada Tuhan   > 2 markah
    11. makan makanan seimbang supaya otak menjadi cerdas   > 2 markah
    • Usaha guru / ibu bapa / masyarakat  > 0 markah
    • Jawapan yang diambil dalam petikan   > 0 markah

    Jawapan yang menggabungkan mana-mana dua usaha di atas dan menggunakan ayat yang lengkap akan mendapat 4 markah.

    Soalan 2:

    Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid. ( 4 markah)

    Jawapan:

    • Pandangan sesetengah pihak tentang kerja rumah ….
    1. menyusahkan ibu bapa kerana terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah – ( 2 markah) serta merompak masa kanak-kanak untuk berkembang dari segi jasmani. – ( 2 markah )
    • Calon akan mendapat 2 markah jika:
    1. menjawab sebahagian daripada jawapan di atas.
    2. menjawab menggunakan jawapan yang tidak lengkap dari segi ayat.
    3. mengemukakan kedua-dua pandangan dengan tepat tetapi menggunakan sistem poin atau nombor.
    • calon akan mendapat 1 markah jika:
    1. mengemukakan satu pandangan dengan ayat yang tidak lengkap;-
    • Pandangan sesetengah pihak tentang kerja rumah akan menyusahkan ibu bapa.  – (1 markah).
    • Pandangan sesetengah pihak tentang kerja rumah akan merompak masa kanak-kanak. – (1 markah.)

    Calon yang mengemukakan jawapan yang tidak merujuk petikan – 0 markah.

    Soalan 1:

    Apakah maksud frasa masa senggang?

    Jawapan:

    • Maksud masa senggang ialah waktu lapang – 2 markah
    • Maksud masa senggang ialah waktu rehat  – 2 markah
    • Maksud masa senggang ialah waktu terluang  – 2 markah
    • Maksud masa senggang ialah masa lapang/masa rehat/masa terluang  – 1 markah (hanya memberikan maksud satu patah kata sahaja)
    • Jika jawapan tidak menggunakan ayat lengkap, contoh:-
    1. waktu lapang  – 1 markah
    2. waktu rehat  – 1 markah
    3. waktu terluang  – 1 markah
    • Markah akan kosong jika:-
    1. Maksud masa senggang ialah waktu kosong.
    2. Masa senggang bermaksud waktu lapang atau waktu kosong.
    3. Masa senggang ialah waktu lapang yang digunakan oleh seseorang untuk melakukan pelbagai aktiviti. (Jawapan huraian – 0 markah)
    4. Kelapangan waktu.

    Ringkasnya untuk menjawab soalan 1, calon atau pelajar mestilah menjawab menggunakan ayat lengkap dan maksud frasa itu hendaklah dijelaskan secara ringkas tanpa menghuraikannya.

    Calon juga mestilah memberikan maksud untuk kedua-dua patah kata tersebut iaitu:

    • masa  > waktu
    • senggang  > lapang / rehat / terluang / lenggang

    Mesyuarat Rasmi di KL…?

    Pada pagi 22 November 2009 penulis ke Kuala Lumpur kerana tugas rasmi yang berlangsung di Hotel Regency di Jalan Raja Alang, pusat bandar Kuala Lumpur. Penulis akan berada di KL ini hanyalah sehari semalam sahaja.

    Penulis ke KL ini dengan menggunakan perkhidmatan Airasia penerbangan AK 5281 yang berlepas pada pukul 9.05 pagi dan akan pulang dengan penerbangan jam 7.55 petang keesokan harinya.

    Sebenarnya penulis tidak begitu seronok menggunakan perkhidmatan udara musim seperti sekarang kerana faktor cuaca. Kecut perut juga penulis dan penumpang lain apabila kapal terbang acap bergegar-gegar kerana merempuh awan yang tebal. Tapi dek kerana tugas, apa boleh buat.

    Ketika menunggu-nunggu bagasi di LCCT, sepasang mata merenung tajam ke arah penulis, penulis buat biasa saja. Tiba-tiba dia memberanikan dirinya menegur penulis. Katanya muka penulis sangat biasa dilihatnya, dia menduga dengan mengatakan penulis bekas pensyarahnya. Penulis menafikannya…. mukanya yang putih cantik itu hampir bertukar merah. Sebelum dia berlalu, penulis sempat bertanya di mana dia pernah belajar. Beritahunya, dia pernah belajar di SM. Sains Tengku Muhd Faris Petra, 1997 merupakan tahun dia mendaftarkan dirinya di tingkatan satu. ……… ummmp, patutlah,  bekas pelajar penulis rupanya!

    Bekas anak murid penulis ini sekarang ini sudah bekerja sebagai guru dan dia dalam perjalanan ke Sabah untuk menemui suaminya di sana.

    Ah…….. ok. Berkenaan mesyuarat serah bahan kerja ini…….

    Selepas ini barulah penulis dapat tidur lena kerana beban tugas … tiada lagi.

    Putera Gunung Tahan: Nilai & Pengajaran…?

    Novel Putera Gunung Tahan (PGT) memaparkan tema semangat cinta akan tanah air dan sanggup mempertahankannya daripada ancaman penjajah Inggeris.

    NILAI

    PENGAJARAN

    PERISTIWA

     

    Patriotisme

    Kita mestilah memiliki semangat patriotisme terhadap tanah air Ratu Bongsu memiliki semangat patriotisme yang tinggi dan tidak sanggup menyerahkan puncak Gunung Tahan kepada Tuan William.

     

    Saling menghormati

    Kita hendaklah saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama Perempuan tua menghormati Tuan Robert  dan begitulah sebaliknya walaupun kedua-duanya berlainan agama dan bangsa.

     

    Kasih sayang

    Kita haruslah mempunyai sifat kasih sayang sesama manusia Ratu Bongsu amat sayang akan Mem Tuan William dan bersedia untuk hidup bersama dengan wanita Inggeris itu.

     

    Baik hati

    Kita mestilah mengelakkan sifat khianat dan hasad dengki terhadap orang lain. Orang-orang Sakai sangat baik hati terhadap perempuan tua dan Tuan Robert sebelum mereka sedar niat jahat orang Inggeris itu.