• “Demo kecek molek sikit. Ambo tak suko demo dok belawak kok sir.”

Maksud ayat cakap ajuk dialek Kelantan di atas ialah:-

  • Kamu cakap baik-baik sedikit. Saya tak suka kamu bercakap bohong tak tentu hala.

Kata ‘kecek’ bermaksud cakap, bercakap, bertutur. Sebutannya ialah ke-cek. Bu-a pula membawa maksud bercakap, cakap banyak yang lebih kepada bohong atau cakap tak jujur. Bu-a juga boleh membawa maksud menipu, sama dengan kata belawak. Contoh ayat:-

  1. Mu ni suko bena bu-a. ( Awak ni suka sangat bercakap. )
  2. Jange cayo dio, dio acak bena bu-a. ( Jangan percaya dia, dia kerap bercakap bohong/menipu.)
  3. Bakpo gak mu suko ke-cek belawak? ( Mengapa kamu suka cakap bohong?)
Advertisements