Sinopsis:-
- Anak bayan berkawan dengan anak cerpelai. Persahabatan ini dilarang ibu bapa bayan kerana takut ditimpa kesusahan.
- Untuk menyedarkan anaknya, bapa bayan pun mengisahkan cerita anak kera berkawan dengan anak saudagar.
- Cerita itu tidak juga menyedarkan anak bayan.
- Suatu hari anak cerpelai diambil oleh seorang budak. Ibu bapa sangat marah dan menuduh keluarga bayan yang bertanggungjawab.
- Bapa cerpelai mengadu hal kepada serigala.
- Serigala mencadangkan agar cerpelai menarik perhatian budak itu ke arah lubang yakni sarang bayan.
- Lubang sarang itu telah ditutup oleh budak itu, semua bayan berpura-pura mati itu dibuang ke tanah akhirnya terbang.
- Budak itu sangat marah dan berazam untuk membunuh bayan.
- Budak itu berjaya menangkap bayan tua tetapi tidak jadi membunuhnya kerana mengikut saranan bayan tua supaya dijual kepada raja bagi mengubati penyakit sopak.
- Raja membeli bayan tua dengan harga 4 ribu dinar.
- Penyakit sopak raja dapat disembuhkan.
- Bayan memohon untuk kembali kepada anak bininya yang telah lama ditinggalkan.
- Sambungan cerita utama; Bayan bercerita lagi hingga siang. Bibi Zainab tidak dapat pergi berjumpa kekasihnya.