Kata ganda memang penting dan popular dalam ilmu bahasa Melayu. Di samping bertujuan untuk menunjukkan maksud  banyak, juga boleh bertindak sebagai penunjuk darjah penghabisan dan lain-lain.

Contoh kata ganda ialah seperti:-

  • gunung-ganang > maksud banyak
  • kuih-muih > maksud banyak
  • buih-buih > maksud banyak
  • anai-anai > maksud tunggal
  • sayur-mayur > maksud kepelbagaian jenis
  • apa-apa > maksud penanda tak tentu

Bagi dialek Kelantan, terdapat golongan kata yang nampak seperti kata ganda, tetapi sebenarnya tergolong dalam kata atau frasa penguat; tapi bunyi sebutannya seakan-akan kata ganda dalam bahasa Melayu.

Penutur dialek Kelantan menggunakan kata penguat tersendiri dalam usaha menjelaskan darjah penghabisannya. Hal ini menjadikan dialek Kelantan memiliki keunikannya yang tersendiri. Lihat contoh di bawah:-

  • pahit le-pe  >  sangat pahit /pahit sungguh
  • manis le-ting  >  masih sangat / manis amat
  • busuk banga  >  sangat busuk / terlalu busuk
  • belok beleka  > sangat bengkok / banyak bengkok
  • lapar kedarah  > lapar sangat
  • geger riuh > amat bising
  • keras kerejong  > sangat keras
  • kuca lembe  > amat bercelaru / tidak teratur
  • belana kokna  > sangat banyak
  • merah nyela  > sangat merah
  • tawar hebe  > sangat tawar
  • bulat gete  > amat bulat / amat gemuk
  • kuning nehe  > kuning sangat
  • jahat do-oh  >  amat jahat
  • molek do-oh  > sangat baik / amat cantik / terlalu comel

Jika bagi masyarakat Melayu Sarawak, penggunaan kata penguatnya agak mudah dikesan dan biasanya tidak pelbagai. Dalam masyarakat Melayu Sarawak, penggunaan kata ‘gilak’ sebenarnya berfungsi sebagai pembawa darjah penghabisan atau maksud penguat. Lihat contoh di bawah:-

  • kacak gilak  >  cantik sangat / sangat baik paras rupa
  • jahit gilak  >  sangat jahat / sangat buruk
  • manis gilak  > amat manis
  • baik gilak  > sangat baik
  • besar gilak  > sangat besar

Contoh penggunaan dalam ayat:-

  1. Yarabi, kacak gilak sidak kawannya. ( Yarabi, cantik amat kawannya itu.)
  2. Besar gilak rumah kitak. ( Besar sungguh rumah awak.)
  3. Budak itu jahit gilak. (Budak itu sangat jahat.)

Auuuk …bah.

    Advertisements