Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna tertentu. Kata boleh  dibahagikan kepada:-

  • Kata Tunggal
  1. Hanya terdiri daripada hanya satu kata dasar iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.
  • Kata Terbitan
  1. Terdiri daripada kata dasar yang menjalani proses pengimbuhan seperti raja + ke-an > kerajaan (kata terbitan).
  • Kata Majmuk
  1. Bentuk kata yang terbentuk apabila dua kata dasar atau lebih menjadi satu kesatuan yang membawa makna tertentu.
  2. Antara contoh kata majmuk ialah kereta + api > kereta api: kereta = sejenis kenderaan beroda, api = sejenis bahan bakar yang panas sifatnya, tetapi apabila dimajmukkan akan membawa maksud yang lain.
  • Kata Ganda
  1. Bentuk kata yang terhasil dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar  sama ada secara keseluruhan, sebahagian atau lain-lain.
  2. Antara jenis kata ganda ialah:
  • Kata ganda penuh ( kanak-kanak, api-api, bola-bola )
  • Kata ganda separa ( lelaki, jejantas, kekabu )
  • Kata ganda berirama ( kuih-muih, lauk-pauk, kayu-kayan )
  • Kata ganda menyaling ( tolong-menolong, tarik-menarik )
Advertisement