Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Islam itu dibina di atas ilmu asas iaitu syahadat iaitu naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah. Kedua ialah mendirikan sembahyang fardu lima waktu. Ketiga ialah berpuasa sebulan pada bulan Ramadan. Keempat ialah membayar zakat dan kelima ialah menunaikan fardu haji di Mekah bagi yang mampu.”

Makna dua kalimah syahadat ialah:

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu ialah Rasulullah.

Kalimah ini disebut sebagai Dua Kalimah Syahadat kerana mengandungi dua bahagian syahadat iaitu:-

  1. Tiada Tuhan melainkan Allah
  2. Nabi Muhammad itu ialah Rasulullah.

Kalimah ini juga disebut sebagai kalimah tauhid. Dua kalimah ini hendaklah diikrarkan sekali gus dan tidak separuh-separuh.

Penulis berpesan kepada diri sendiri dan para pembaca agar benar-benar menghayati makna dua kalimah syahadat dan Rukun Islam yang lain kerana daripada penghayatan inilah akan lahirnya keikhlasan kita terhadap amalan-amalan yang dikerjakan.

Insya-Allah.

Advertisements