Archive for Disember 2, 2009


Rukun Iman yang enam…?

Akidah ialah iman atau kepercayaan yang sumbernya daripada kitab suci al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Iman bererti percaya akan benarnya sesuatu dan sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.

Rukun Iman 6 perkara:-

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada Malaikat-Nya
  3. Beriman kepada Kitab-nya
  4. Beriman kepada Rasul-rasul-Nya
  5. Beriman kepada Hari Akhirat
  6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Kata praklausa ialah sejumlah kata yang terletak di depan klausa seperti :-

  • kata seru ( aduh, cis, wah, oh, amboi, …. )
  1. Aduh, sakitnya gigiku!
  2. Cis, berani kaumelawan!
  • kata tanya ( berapa, apa, bila, mana, …. )
  1. Berapakah jumlah wang awak?
  2. Bilakah kamu mahu bayar?
  • kata perintah ( jangan, tolong, usah, sila, … )
  1. Jangan buat bising di sini.
  2. Sila ambil buku anda.
  • kata pembenar ( ya, benar, betul. )
  1. Ya, itulah keretanya.
  2. Benar, dialah isteri saya.
  • kata pangkal ayat ( maka, alkisah, adapun,… )
  1. Maka puteri pun diarak ke istana.
  2. Alkisah tidak beberapa lama kemudian, matilah pemberontak itu.