Kata praklausa ialah sejumlah kata yang terletak di depan klausa seperti :-

  • kata seru ( aduh, cis, wah, oh, amboi, …. )
  1. Aduh, sakitnya gigiku!
  2. Cis, berani kaumelawan!
  • kata tanya ( berapa, apa, bila, mana, …. )
  1. Berapakah jumlah wang awak?
  2. Bilakah kamu mahu bayar?
  • kata perintah ( jangan, tolong, usah, sila, … )
  1. Jangan buat bising di sini.
  2. Sila ambil buku anda.
  • kata pembenar ( ya, benar, betul. )
  1. Ya, itulah keretanya.
  2. Benar, dialah isteri saya.
  • kata pangkal ayat ( maka, alkisah, adapun,… )
  1. Maka puteri pun diarak ke istana.
  2. Alkisah tidak beberapa lama kemudian, matilah pemberontak itu.
Advertisements