Bulan November – Disember di Kelantan ialah puye bah. Disebut juga piye bah atau sesetengah daerah di Kelantan menyebutnya sebagai priye bah. Maksud ketiga-tiga frasa dialek Kelantan itu ialah musim bah ataupun musim banjir.

Puye, piye ataupun priye bermaksud musim atau masa yang tertentu. Kata dialek ini juga biasa diguna pakai dalam pelbagai situasi, seperti:-

  • puye buah-buahe   > musim buah-buahan
  • piye de-me capak   > musim demam campak
  • priye kemara   > ketika / musim kemarau

Budak-budak remaja priye la ni, sudah jarang-jarang menggunakan frasa dialek di atas. Mereka lebih selesa menggunakan perkataan era, musim kerana kesan daripada pelbagai pengaruh.

Contoh penggunaan dalam ayat:-

  1. Puye bah ni rama ore gi ngail ike. ( Musim banjir ini ramai orang pergi memancing ikan.)
  2. Dio ambik upah ngukas pokok tiko piye buah-buahe. ( Dia mengambil upah memanjat pokok ketika musim buah-buahan.)
  3. Ore tok wat bekwoh tiko priye huje. ( Orang ramai tidak membuat kenduri ketika musim hujan.)
Advertisements